Tuah Follower Ke 100



Jutaan terima kasih diucapkan untuk fitrihadi.com kerana dengan susah payahnya menyediakan satu entri khas untuk blog infra yang menjadi follower ke 100 blog beliau. "Tuah ayam nampak di kaki, tuah blog siapa yang tahu". Itulah ungkapan yang sesuai untuk digunakan pada masa kini.

Kejadian yang tidak di sangka-sangka ini bakal merubah lagi perspektif umum tentang kewujudan blog infra di mata dunia khasnya di dalam dunia blog kerana telah tersiar di blog fitrihadi.com yang sememangnya semua tahu memiliki bakat semula jadi dalam penambahan dialog-dialog arahan beliau terhadap gambar untuk tatapan umum. Pada siapa yang ingin beriklan sila hubungi beliau, pakej yang ditawarkan amatlah berpatutan.

Juga bakal seorang graduan 3 - 4 tahun lagi yang sedang menuntut di sebuah Universiti terkemuka negara. Moga beliau berjaya menempuhi dengan suksesnya menuntut ilmu (seksa aku dah lepas). Di sini juga ingin membuat sedikit pembetulan mengenai kedudukan di mana infraklia bukan lah berada di KL tetapi di Sepang.

Sekian hendaknya.



Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Sinar Ayat Kursi





selepas beberapa saat



aku dapat gambar ni dari henset adik sedara aku. tak tau betul atau tidak. lokasi dah lupa.



KLIA - Satellite A

klia satellite aSatellite A


susah payah gak nak ambik picture ni, nak kena sewa helikopter. tapi akhirnya berjaya gak dapatkan. terima kasih pada mereka semua yang menjayakannya.





Buffered Earnings

aku pun tak tahu bila masa aku dapat buffered earnings (BE) ni. tiap kali aku buka nuffnang (nuff) aku cuma tengok analytics je sebab nak tengok keywords dengan referrals yang masuk blog ni. tangan tadi dok gatal nak klik earnings, masuk-masuk je aku perasan aku dah ada 3 BE dari nuff. aku pernah tengok blogger-blogger lain pun bila dapat BE diorang pun buat entri pasal BE, jadi aku pun nak buat gak hehhehe.


buffered earningstu dia..ada tiga, ada tu aku tengok sampai 10 dorang dapat..


benda yang selama ni semua blogger tunggu-tunggu, aku rasa ni pun sebab satu post aku buat untuk jadual world cup lekat kat search google tu yang membolehkan aku dapat BE ni. tapi sekarang world cup pun dah habis, kunjungan dari orang ramai pun dah kurang rasa rugi la pulak nak-nak BE ni masih running lagi.




googleseacrh dari google..


analyticskunjungan makin tak menentu akhir-akhir world cup..


macam-macam dah aku buat untuk mempromosi blog infra ni, update kat facebook sudah, update kat twitter sudah, update kat gengblogger pun sudah dan yang paling top blog infra ni dah 2x masuk blog ben ashaari (tak tahu la dia perasan ke tak hehehe).

nak tengok klik je bawah ni..

pertama kali : klik sini

yang terbaru : klik sini

entri ni mungkin buat budak-budak opis aku tak tahu apa-apa, tapi pada mereka yang bergelar blogger mereka tau apa yang aku buat ni. sori la ye geng-geng opis menyimpang jauh sket jap hehhehe. korang masuk blog ni pun tau tengok je bukan tau nak komen (nak kutuk sket korang). apa-apa pun aku masih memerlukan support dari korang jugak untuk memantapkan blog infra ini.

ok la, berambus..



Jelajah Blog Ben Ashaari

seperti biasa blog dari ben ashaari sentiasa ada sesuatu untuk semua para blogger. kali ni ruang Jelajah Blog Ben Ashaari diadakan untuk para-para blogger tidak kira lama atau baru dapat berkongsi-kongsi maklumat, bertukar-tukar pikiran, berkenal-kenalan sesama sendiri. moga kewujudan program seperti ini banyak diadakan untuk memajukan lagi industri blog malaysia. chewahhh...




Keputusan Lengkap Piala Dunia 2010

keputusan piala dunia
table world cup*klik untuk besar





Infra Family Day 2010 - part 2

sambung dari part 1 hari tu, kali ni adalah aktiviti pada malam harinya iaitu majlis makan malam BBQ merangkap sesi karaoke menyumbangkan suara masing-masing dan penyampaian hadiah untuk cabutan bertuah pada mereka yang bertuah malah diselitkan lagi serba sedikit acara teka teki teka tekuk dari pengacara infra dari dulu kini selamanya dan sampai bila-bila en amran dan en reff kita mahir.

cakap banyak pun tak guna, saksikan je..



juadah yang disediakan, ni hanya sebahagian je..


makan!! makan!!


tu dia..pengacara yang diwar-warkan..


pemenang bertuah pertama, anil dan persembahan dari 'wakli bank'..


ehh!! aku dapat jugak..


mereka yang bertuah..


en bos menunjukkan bakat beliau..





persembahan penutup oleh kumpulan 'girl infra' dengan lagu nuri..


err!! yang 2 teruna tu masih available..



bergambar kenangan beramai-ramai dan ahli urusetia (ada yang dah balik)..


selesai sudah satu majlis besar anjuran kelab infra pada tahun 2010 ni, kerjasama dari semua pihak diucapkan jutaan terima kasih tak terhingga dan berbelah bagi. moga tahun berikutnya kelab infra dapat lagi menjayakan majlis seperti ni dengan lebih berjaya dan bermutu (harap memperbanyakkan grand prize hehe).

tetapi harus diingat ada satu lagi acara yang hendak kelab infra jalankan masih tertangguh. apakah itu?? klik je. (rasanya semua sekarang dah hebat-hebat belaka)

apa-apa pun TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!! diucapkan pada semua yang telah menjayakan Infra Family Day 2010.





Infra Family Day 2010 - part 1

infra family day 2010 telah berlansung dengan jayanya pada minggu yang sudah. kemeriahan, keseronokan, kegirangan, kesukaan, keriangan, kegembiraan, kejayaan untuk pasukan jerman kerana menumbangkan argentina 4 - 0 dikongsi beramai-ramai pada ketika itu.

apa-apa pun kita saksikan dulu aktiviti di siang hari..



sesi pendaftaran..


suasana sekitar tempat kejadian..






aktiviti makan-makan serta rilek-rilek saja..







acara sukaneka ibu-ibu dan bapak-bapak..



sukaneka untuk anak-anak..


kemenangan telah dicapai dengan riang-ria..


aktiviti mandi-manda..



gambar-gambar di atas hasil tembakan azhan dan kroni, trimas diucapkan. pada mereka yang tidak kelihatan jangan marah jangan kecil hati. hanya gambar terbaik dan posisi yang cantik-cantik saja dipilih. 2-3 hari lagi akan update part 2 bagi sesi malam dan keesokkan harinnya.




Top Entri