31 Julai 2011

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2011


*klik untuk pdf


NegeriZon
Wilayah PersekutuanKuala Lumpur dan Putrajaya
Labuan
SelangorZon 1 – Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
Zon 2 – Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam
MelakaSeluruh Melaka
JohorZon 1 – Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
Zon 2 – Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau berdekatan
Zon 3 – Daerah Pontian dan Kluang
Zon 4 – Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor
PerakZon 1 – Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
Zon 2 – Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
Zon 3 – Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
Zon 4 – Temenggor dan Belum
Zon 5 – Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor
Zon 6 – Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
Zon 7 – Bukit Larut
SarawakZon 1 – Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas
Zon 2 – Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi
Zon 3 – Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu
Zon 4 – Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song
Zon 5 – Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rejang
Zon 6 – Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu,Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Lebak.
Zon 7 – Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam
Zon 8 – Kuching, Lundu, Bau dan Semantan
SabahZon 1 – Bahagian Sandakan (timur), Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam
Zon 2 – Bahagian Sandakan (barat), Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah
Zon 3 – Bahagian Tawau (timur), Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak
Zon 4 – Bahagian Tawau (barat), Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
Zon 5 – Bahagian Kudat, Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat
Zon 6 – Gunung Kinabalu (ketinggian 4,101 meter)
Zon 7 – Bahagian Pantai Barat, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar
Zon 8 – Bahagian Pedalaman (atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau
Zon 9 – Bahagian Pedalaman (bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang
TerengganuZon 1 – Kuala Terengganu dan Marang
Zon 2 – Besut dan Setiu
Zon 3 – Hulu Terengganu
Zon 4 – Kemaman dan Dungun
KelantanZon 1 – Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang)
Zon 2 – Jajahan Jeli dan Gua Musang termasuk daerah Galas dan Bertam
PahangZon 1 – Pulau Tioman
Zon 2 – Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah
Zon 3 – Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut dan Bera
Zon 4 – Raub, Bentong dan Lipis
Zon 5 – Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi
Zon 6 – Cameron Highlands, Bukit Fraser, Genting Highlands
PerlisSeluruh Perlis
Negeri SembilanZon 1 – Jempol dan Tampin
Zon 2 – Seremban, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah, Jelebu
KedahZon 1 – Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
Zon 2 – Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan
Zon 3 – Daerah Padang Terap, Sik dan Baling
Zon 4 – Daerah Kulim dan Bandar Baharu
Zon 5 – Daerah Langkawi
Zon 6 – Puncak Gunung Jerai
Pulau PinangSeluruh Pulau Pinang

sumber : jakim

29 Julai 2011

setahun berdot com

sudah setahun berdot com, tapi ni bukan usia sebenar infraklia. kewujudan entri dalam blog ni pun tak banyak ada 133 entri aje.

asal usul sebelum ni menggunakan wordpress. series cakap memang agak susah masa awal-awal nak berblog pakai wordpress ni. nak tak nak beralih ke blogspot. dan sekarang aku senang dengan blogspot.

blog ni banyak mengisahkan kejadian di ofis. mengikut dari nama blog ni sendiri, dari unit infrastruktur dipendekkan kepada infra dan klia di mana ofis kami beroperasi kuala lumpur international airports. kalau di airports penang mungkin infrapia. di airports kota kinabalu mungkin infrakkia dan lain-lain tempat mungkin.

ahh..jadah apa cerita pasal ofis sendiri kat orang. mana ada sape nak amik tau pun yetakk...

apa-apa pun target lepas ni selepas memiliki domain mungkin hosting plak. tapi blog biasa-biasa je tak gempak apa pun, apa heboh nak semua-semua tu?? sudah...

akhir kata "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN". ni tujuan sebenar nak sampaikan.

p/s : header pun dah tukar.
p/s2 : dah lama aku tak tulis-tulis camni.

21 Julai 2011

CUACA PANAS - Nasihat Kesihatan Kepada Orang Ramai


CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA

Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.

RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun, kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, penghidap penyakit sistem pernafasan, penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

GEJALA CUACA PANAS MELAMPAU

1. Sakit kepala

2. Keletihan

3. Lemah tumpuan

4. Pening

5. Lemah otot–otot atau kekejangan

6. Mual dan muntah

7. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

CARA-CARA MENCEGAH & MENGURANGKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN

1. Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

3. Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan.

4. Hadkan aktiviti luar.

5. Kerap berehat.

6. Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda.

7. Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.

8. Pakai topi atau payung yang besar.

ELAKKAN

1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.

2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.

3. Bersenam dalam cuaca panas.

PETUA - PETUA JIKA MENGALAMI MASALAH BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS

1. Keluar dari kawasan yang panas.

2. Tanggalkan pakaian yang ketat.

3. Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.

4. Gunakan kipas untuk sejukkan badan.

5. Minum air setiap 15 minit.

6. Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.


*PESANAN KESEDARAN KESIHATAN UNTUK OHSAS18001 OLEH UNIT KUALITI SISTEM

lagi tips ketika cuaca panas. klik

18 Julai 2011

infra bowling tournament 2011

sebelum layan gambar-gambar kat bawah ni apa kata imbas kembali tournament yang sebelum ni...

http://www.infraklia.com/2009/09/bowling-tournament-2.html

ok, untuk tournament kali ini diadakan di Banting Superbowl pada 17 julai 2011 ahad yang lepas. segala bagai persiapan berjalan dengan jayanya untuk menjayakan lagi tournament tersebut. dan gambar-gambar di bawah adalah hasilnya. tak payah banyak cakap biar mata yang menjamu selera.















3rd place

2nd runner up

1st winner

men women best bowler & lucky draw


siapa-siapa yang tak puas hati boleh tengok result ni...


nota kaki : semoga program seperti ni akan dapat diteruskan pada masa akan datang. chewahhh...tq juga pada ashraff princeton sebagai tukang tembak

06 Julai 2011

WORDLESS WEDNESDAY #4 : Eye On Malaysia Melaka dalam kenangan

beku keras kaku lesu. apa pun tak boleh nak update layankan gambar aje.



nak join contest klik sini