24 Mei 2010

Tips Ketika Cuaca Panas

panas


Minum banyak air

Di sebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau jus buah-buahan bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

Ubahsuai diet anda

Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.

Pilih pakaian yang sesuai

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.

Elakkan perangkap haba

Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.


Fakta

Kesan haba panas pada tubuh

20• darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.

25• darjah Celsius - peluh biasa.

30• darjah Celsius - Ketidakselesaan.

40• darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.

45• darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.

* sumber : emel




21 Mei 2010

Lawak Hari Ini

lawak
dapat melalui emel, ada banyak gambar tapi aku rasa nila yang paling lawak nak gelak je bila baca, agak-agak korang kedai ni kat mana tah??





18 Mei 2010

Blog Infra Di Tapak Iklan

Family Day Infra 2010 (FD) dan juga kejohanan badminton infra, masih lagi di awang-awangan. tetapi usaha untuk menjayakannya masih berterusan, melihat kepada kelibat segelintir orang-orang kuat infra menjenguk harta-harta ismet di luar negara iaitu barang-barang terpakai yang hendak dilego'kan, harap dapat menampung sedikit perbelanjaan itu.

kali ni bukan nak cite sangat pasal FD dan badminton, tetapi ingin ura-urakan bahawasanya blog infra telah menyewa satu tapak iklan bersize-size 125x125 dengan harga RM10 satu bulan, harga yang sangat relevan memandangkan penyewa tapak iklan adalah seorang blogger yang glemer, ramai follower, cute, cantik, rupe cam amoi. ini mungkin akan memantapkan lagi blog infra di mata pembaca-pembaca yang lain. cara pembayaran juga sangat mudah, samada bank-in tak pun bagi code topup je.




* tu dia banner blog infra


klik sini je kalo nak tengok kat mana blog infra sewa iklan banner tu.



Blog Infra!

* banner blog infra



banner blog infra itu dicipta satu hari je, petang sebelum balik kerja. buat simple-simple yang boleh menggunakan excel dan diconvert menggunakan FastStone Image Viewer pulak. sebenarnya tak reti menggunakan Adobe Photoshop pakai jela mana yang senang.

moga blog infra semakin mantap hendaknya. sekian.





13 Mei 2010

Bahang Piala Thomas



Salam semua..

kalau tengok pada tajuk post ni mesti korang rasa aku nak cite pasal piala thomas yang dah lama malaysia idam-idam tu. mana taknya da 18 tahun tak dapat, last dapat dulu tahun 1992 lama dahtu. kalau yang lahir tahun tu dah abis spm dah dorang. bukan!! bukan!! aku tak nak cite pasal piala thomas tapi berkaitan dengan badminton gak.

kejadian ni berlaku sebelum kejohanan piala thomas lagi. berlaku sikit salah paham, fitnah menfitnah, kutuk mengutuk, caci mencaci, keji mengeji antara satu sama lain mengatakan dirinya hebat dan ada yang mengaku dirinya lagi hebat manakala ada jugak yang memang dah sedia hebat tak termasuk yang tidak-tidak hebat (seperti saya) telah mempersetujui mengadakan satu pertandingan badminton infra julung-julung kalinya diadakan. sebelum ini satu kejohanan boling telah diadakan pada tahun lepas. nak tau klik sini.

seperti yang sedia maklum, infra family day pun terumbang ambing tak tau bila akan dilansungkan begitu juga lah dengan pertandingan badminton infra ni walaupun hampir 2 bulan dicadangkan. masih lagi tercari-cari tarikh yang sesuai untuk diadakan di dewan kuartes KLIA. segala bagai latihan telah dijalankan segala macam teknik telah dipelajari untuk memantapkan diri masing-masing. kejohanan ini jugak boleh disertai oleh keluarga masing-masing bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara warga infra. jadi bawaklah beramai-ramai keluraga masing-masing dan semua warga infra digalakkan menghadirkan diri nanti.

untuk pengetahuan nama-nama seperti wak lindan, sony dwi kencot, lee chong wan, taubad hidayat dan banyak lagi gelaran-gelaran lain akan muncul tidak lama lagi mewarnai dunia badminton infra. tapi persoalannya, bilakah kejohanan ini akan diadakan?? di manakah orang-orang yang bertanggung jawab merealisasikan matlamat kita semua ini. takde bajet ke?? takde sponsor?? atau pun pengurusan buat endah tak endah??

kita tunggu dan lihat..


*p/s : tahniah pada team malaysia menang 3-2 dengan denmark




06 Mei 2010

Info - Infra Family Day 2010




Untuk pengetahuan, unit infra akan mengadakan family day 2010 yang telah diura-urakan pada tahun lepas lagi. Ni adalah family day ke-2 kali dianjurkan oleh unit infra, ketama kalinya atau lebih tepat infra nite (dulunya) telah diadakan pada tahun 2008 di Kayns Resort Hotel PD, 2 tahun yang sudah.

Asalnya mahu dianjurkan selepas raya lepas setelah berpenat lelah berpuasa dan beraya sakan sebulan, tapi keadaannya begitu menghampehkan dan banyak kali yang tertangguh. Ape cerr ni!!

Hari-hari yang lepas semasa 'roll call' pagi, ocot telah bersuara tentang family day 2010 dan dipanjang lebarkan lagi oleh bads mengenai keperluan kewangan dan berapa perlu dibayar mengikut kepala. Pemilihan tempat iaitu di Corus Paradise Resort PD akan berlansung selama 2 hari 1 malam telah dilakukan oelh orang-orang kuat infra yang sedia maklum.

Kepada mereka yang meng'organize family day 2010 kali ni (walaupun tak jelas sape yang nak kena handle). Sama-sama la kita bersatu padu bercerai roboh untuk menjayakanya pada kali ni, tak kira la exec ke non exec.

Hal demikian masih lagi di dalam perbincangan, jika terdapat pertukaran tempat dan isu kewangan akan dibincangkan pada roll call pagi hari-hari. Harap family day 2010 tahun ni dapat berjalan dengan lancarnya dan tidak tertangguh ke family day 2011 pulak.

Sekian harap maklum..



*kredit pada en hisham untuk poster di atas

03 Mei 2010

Projek Infra episod 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera, rasanya dah lama tak update pasal projek ikan infra ni. nak dekat 2 bulan gak tunggu kondisisi air laut yang terbaik untuk dimasukkan ikan-ikan terpilih yang disponsor oleh sponsor-sponsor yang berhati ikhlas mulia, trimas banyak-banyak diucapkan.

untuk pengetahuan, sebanyak 3 ekor ikan pernah dimasukkan di dalam akuarium ni KO serta merta cuma ikan nemo aje masih bertahan sejak hari pertama dilancarkan, tak ingat dah bila tarikhnya. apa-apa pun kita nikmati pemandangna yang indah-indah ini dulu..



ni la ikan nemo yang di maksudkan, gagah dan kuat..otai tu




3 ikan baru, sekor belang-belang sekor biru sekor besar gedabak tapi penakut..


jangan taktau, ketam pun kitorang ada bela..


ikan belacak pun ada daa, dah beso nanti boleh la goreng..











amacam...cantik bukan, menurut laporan dari projek manager ikan-ikan masih lagi mau ditambah jadi sponsor-sponsor yang seterusnya dialu-alukan sangat segala urusan boleh bertanya sendiri dengan waklin atau pun pembantu-pembantu peribadi beliau ocot dan boboi. kalau pandai-pandai beli ikan sendiri jangan marah kalau kena reject dengan mereka-mereka ini saya tak bertanggung jawab.

lagi satu projek ni masih terbengkalai kerana atapnya masih tidak dapat dibuat, seperti yang terdahulu pernah diberitau sumbangan idea untuk atap juga dialu-alukan nak bagi design ke buah pikiran ke apa-apa jela yang berkaitan.

sampai di sini saja dahulu, sekian dari saya yang melapor..


*update : 5/5/2010

senarai nama-nama tukang sponsor ikan untuk projek infra.

  1. ikan nemo kuning - waklin
  2. ikan besar dan nemo oren - maroon
  3. ikan belang putih hitam - ocot
  4. ikan biru - mat nor
lain-lain hidupan seperti ikan belacak, ketam dan siput-siput adalah original dari lautan.

diharap lagi banyak sponsor akan menyusul dengan segera.

sekian..