30 Mac 2010

Projek Infra episod 5

aktiviti projek Infra hampir sampai kemuncak kabinet filter dah pun siap, akuarium pun dah dinaikkan dan diisi dengan air yang bersih halal lagi tulen menggunakan air berteknologi nano bio-aura. cewahhh canggih bukan..

layan jela seberapa gambar yang ada ini..



akuariumair berteknologi nano telah diisi..



akuariumwaklin, selaku orang kuat merasmikan acara tepung tawar garam..



akuariumcoral, rumpai dan pasir laut dikutip di kawasan yang dirahsiakan untuk faktor keselamatan..



akuariumgambaran dekat, coral ni semuanya hidup ok..



akuariumterbengkalai..atap masih lagi menjadi tanda soal dan perdebatan banyak pihak atas faktor-faktor tertentu..mungkin kah takde idea untuk design atap??




mungkin ramai yang tak tahu, projek ikan ini bukan la projek ikan air tawar tetapi air masin yakni air laut. dari sumber yang boleh dipercayai, proses membolehkan ikan-ikan berenang dengan riang ria di dalam akuarium yang cantik ini mengambil masa sebulan atau lebih untuk memastikan air laut ini dapat menerima ikan tersebut sepenuhnya.

pada siapa-siapa yang ingin sponsor ikan boleh la kontek waklin selaku bos besar. setiap ikan yang disponsor akan dijaga dengan baiknya.

tetapi, persoalannya di sini......nak bela ikan ke nak ternak coral??

sekian..





24 Mac 2010

Earth Hour 2010

Mari la kita beramai-ramai menyertai kempen tersebut dengan menutup lampu selama satu jam untuk menyelamatkan bumi kita yang panas ni. Kempen ini pernah diadakan pada tahun lepas dan diteruskan pada tahun ni Sabtu 27 Mac 2010 pukul 8.30 malam - 9.30 malam, moga dapat diteruskan pada masa yang akan datang.




earth hour

Untuk keterangan lanjut boleh klik sini ehm.my

22 Mac 2010

Peringatan dari PDRM

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.

  • Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
  • Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
  • Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu di luar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
  • Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
  • Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama).
  • Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
  • Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
  • Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plat no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
  • Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
  • Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membua panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
  • Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
  • Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
  • Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik, ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
  • Kalau perlu mengambil cuti panjang, sentiasa memberitahu jiran-jiran anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
  • Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
  • Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
  • Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
  • Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
  • Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
  • Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru, kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.
  • Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM

18 Mac 2010

Kelebihan Bercium

Ahli perubatan mendapati bahawa ciuman baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

* Bercium dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, degupan jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah bercium, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa bercium merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Bercium menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Bercium yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Bercium dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

Lagi kelebihan bercium

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Bercium baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Bercium membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan metabolisma. Ada yang mengatakan, bahawa dengan ciuman ghairah tiga kali per hari (setidaknya 20 saat per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Bercium menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang kerana ciuman yang ghairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Bercium baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering bercium jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.


**Ingat!! bahawasanya CIUMAN yang 'HALAL' je yang akan mendapat kebaikan dan keberkatan.


* sumber : emel

11 Mac 2010

Projek Infra episod 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera, lama da tak update pasal projek infra ni kerja-kerja pun banyak yang tangguh akibat projek manager cuti hampir seminggu, tanpa arahan memang kerja takkan berjalan dengan jayanye. bile nak siap daa..

bawah ni sket gambar pada ujung minggu aktiviti mereka..



projek

projek
kedai area jalan pasar KL..jauh tu!!



projek
cantikk bukan!! tp hasil projek infra lg cun woo dr ni..tunggu la nnt



projek
tukang sibuk..sibuk nak kotak kosong ape nak buat tah



projek
projek
tadaa..pintu dia



projek

projek
haa..ni bukan akuarium ni filter dia, cangih bukan!!



projek
projek
tengok-tengok..lawa bukan!!




bahagian bawah setel, pasni akan berlansungnye bahagian atas plak..akuarium pun da ade tunggu jela nanti episod berikutnye..komen-komen, kutuk-kutuk, maki-maki diperlukan dr warga infra ke masih tatau kat mana nak komen, koman btol la korang ni..

takde idea nak sembang sangat..jumpa lagi

04 Mac 2010

kartun portal pendidikan utusan

idea makin kurang, projek ikan masih berjalan lg tp kurang follow up tunggu 2 3 hari baru update blk..di sini dipautkn beberapa edisi kartun yg biase kite jumpe kalo beli sokabor utusan kt bahagian pendidikan..layan


utusan

utusan

utusan

utusan malaysia

utusan malaysia

utusan malaysia

utusan malaysia

utusan malaysia

utusan malaysia



*klik gambar utk besar