Projek Infra episod 3

haahh..jumpe lg kali ni, cepat-cepat kene buat post baru, malas nk biaukn post kawen tu lama-lama, ape klass yetakk..

okeh kali ni kite teruskn sambungan projek ikan infra itu, minggu-minggu lepas raye cine ni kebanyakkn para-para peserta projek agak keberatan mau melakukn aktiviti berikut, al-maklum la makan limau banyak sangat naik kembung perutku kentut pn bau limau..

ape-ape pun tengok jela ape aktiviti dorang




tu dia...
bahan-bahan ynag digunakn untuk bertukang
(enset bukan untuk dijual untuk calling-calling member)




waklin dan mat pet tekun mengecat mengalahkn budak-budak princeton cat runway..




kerja-kerja membuat rangka pintu bawah akuarium..




da cat kena la jemur..




ocot yang keletihan masih lagi mahu enterprame..begitu juga pada waklin tp mereka telah melakuknnye dengan jayenye..syabas




kerja-kerja blogging sedikit tergendala kerana gangguan makhluk-makhluk sekeliling. rupenye mereka-mereka ini ade yang tidak tau macam mana nk bagi komen, patut la blog ni macam tak laku je. tutorial telah diberikn, nk tgk klik sini tgk kt komen, kite tengok jela nnt ade ke tak..

sudah la, berambus...

Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Atas permintaan rakan-rakan dipaparkan serba sedikit majlis perkahwinan penulis yang berlansung di Jasin Melaka.

Tengok jela..


kahwin

kahwin

kahwin


kahwin



*klik gambar utk besar

Projek Infra episod 2

Salam sume..

jumpe lg dlm projek Infra episod 2 untuk kali ini. untuk pengetahuan sume kerja-kerja pembikinan 'takungan ikan' ini berjalan pada hari yang berlainan dengan yang sebelumnye, BUKTINYE lihat saja baju yang dipakai oleh pekerja-pekerja Infra tersebut (ocot & waklin). lain bukan!!

kerja-kerja dilakukan di suatu tempat yang agak terpencil dan berjauhan dengan orang ramai, releven mereka memilih tempat berikut hanya mereka-mereka yg terlibat secara lansung atau lintas lansung saja yg tau, penulis sendiri juga tidak tau apekehalnye itu (adela tu).

mencarut lama-lama pun tak guna la, saksikan je ape-ape pic yang ade..


projek ikan
sampai mencangkung brader kite pasang memasung kayu-kayuan..



projek ikan
projek ikan
tu dia..dua orang pekerja terbaik Infra, SYABASS ahh..



projek ikan
projek ikan
kelihatan seseorang sedang memerhati, dengar cite dia bersetuju untuk menggunakan khidmat cemerlang ini di rumahnye kelak..teruskan lah teruskan lah



projek ikan
lutut tu jage wak, da sezen tuh..



projek ikan
mat pet..dulu kini dan selamanye akan berdiri macam tu saje..aduyaii




projek ikan
taraa..ni baru tapak bawah dia tau, lom tengok atas dia lg cangihh ohh..




haa..tu baru intro-intro gitu, projek ini serba sedikit menggunakan bahan-bahan terpakai seperti kayu-kayu yang terbuang. hal ini serta merta dapat menggurangkan kerja-kerja penebangan pokok di hutan yang berleluasa sejak dulu kala lagi dan dapatlah menyelamatkan bumi dari kekurangan oksigen untuk kite bernafas.

jadi pada siape-siape yg ade bahan-bahan terpakai untuk disumbangkan pada projek ini buleh la ulur-ulurkan, bahan yg btol-btol buleh pakai ok cam patung itik ke nk buat dia berenang-renang atas permukaan ke, nk ulur duit lg cantiekkk..

ok la berambus...


anak keladi

Projek Infra episod 1

semenjak dua tiga menjak ni, terdapat beberapa insan terbilang (sebab bleh bilang baper orang je yang join ini projek) yang kedapatan di dalam opis Infra telah berdiskusi secara sulit sesama mereka (bukan buat hubungan sulit) ingin menjalankan satu projek MEGA yang agak-agak kurang memerbahaya kepada kita semua tetapi bahaya kepada diri mereka sendiri (buat keje tu baik-baik okeh..)

muke-muke ini semuanye terlalu regular bagi kita kerana setiap projek atau aktiviti yang berlaku di Infra mereka-mereka ini sajalah yang bertindak dengan jayanye, nak sebut nama ke?? nanti kata gile glemer la plak tp rasenye semua da tau..

tak payah cakap banyak tengok jela ape yang ade..yehaaa



projek ikanrasanye korang mesti da tau ape projek tuh..




projek ikan
projek ikan
adegan merekabentuk, mengira ukuran, melukis pelan sibuk menyibuk dan lain-lain..




projek ikanhasilnye..

telah dipaternkan sebarang peniruan atau ditayangkan di khalayak ramai tanpa kebenaran akan didakwah didakwa..



projek ikan
projek ikan
projek ikan
projek ikankerja-kerja potong memotong dijalankan..




kan da kata tak merbahaya kepada kita semua tapi pada dorang je jadi hati-hati ok..





nantikan episod 2..

Salam..

anak keladi

Tanda - Tanda Sakit part 2

MULUT DAN LIDAH

Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.


  • Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA

Berkaitan dengan buah pinggang.

  • Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT

  • Berpeluh
  1. Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
  2. Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
  • Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
  • Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
  • Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

RAMBUT

Rambut Gugur: menandakan fungsi buah pinggang yang lemah.

  • Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

  • Sakit Sendi
  1. Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit (gout).
  2. Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
  3. Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
  • KEBAS TANGAN
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
  • KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN.
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
  • KEBAS KAKI.
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
  • SAKIT TAPAK KAKI.
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
  • SAKIT TUMIT KAKI.
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
  • RASA PANAS DI TAPAK KAKI.
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
  • GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI.
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).




Tanda - Tanda Sakit part 1

MATA

Bertindak balas dengan keadaan hati.

  • Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  • Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

  • Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung sumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin
  1. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  2. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
BATUK

  • Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
KERONGKONG

  • Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
BIBIR

Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

  • Bibir pucat
  1. Sistem penghadaman yang lemah.
  2. Perut mengandungi angin.
  3. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
  • Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

to be continue..

Top Entri