29 September 2010

1st cek dari nuffnang

aku jarang sembang pasal nuffnang. sebelum ni aku buat cerita pasal nuffnang pun masa 1st time aku dah boleh cashout, maknanya dah lebih dari rm50. cerita dia kat sini. dan kali ni, untuk kali ke 2'nya aku nak ura-urakan ini adalah cek aku yang pertama-tamanya dari nuffnang setelah setahun aku berblogging.

tak banyak mana pun, lepas untuk aku bayar duit domain untuk 2 tahun, sedikit sumbangan untuk akuarium kelab infra, banyak gak lah aktiviti tentang akuarium aku post kat blog ni, dan selebihnya minum-minum je kalau dapat hahha. tak kisah lah orang nak kata apa pun pasal aku kecoh-kecoh post entri dapat cek ni, sebabnya ramai aku tengok mereka-meraka para bloggers yang pertama kali terima cek dari nuffnang pun begitu teruja untuk diupdate kat blog masing-masing, termasuk la aku.

tak banyak yang nak diceritakan. cukup sampai sini.





28 September 2010

Cermin Diri

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan Insyallah.

Jadi renungkan lah.

  • Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja. 
  • Ada kala kita rasa kita BUSY gila, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'
  • Adakala kita rasa kita PRIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  • Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.
  • Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
  • Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA.
  • Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MACAM TAKDA KERJA', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT?'
  • Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja.
Kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia. Sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik. Adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?


" mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik "



* by emel


24 September 2010

Turun Enjin

Macam biasa takde apa yang nak diupdate sangat. Tengok tajuk macam nak repair kereta je, tapi dekat dalam airport ni takkan nak repair kereta kot dah tentu repair kapal terbang adela. Kali ni aku nak tunjuk gambar kapal terbang yang turun enjin, nak kasik upgrade bagi tip top kot.

Kapal terbang kompeni mana tak tau, mungkin MAS baru beli sebab aku amik gambar ni kat hangar MAS kemudian repair dan akan dicat dengan warna trademark dorang. Aku nak cerita pasal boeing-boeing kapal ni memang aku tak pandai dan aku memang tak nak tau.

Buat masa ni memang aku tak tau nak update apa, tengok jela. Macam biasa amik pakai kamera henset je tak pakai kamera canggih pun.




22 September 2010

Control Tower KLIA

Seminggu lebih sudah berhari raya, ramai yang sudah kembali kerja seperti biasa. Mood raya masih ade lagi tapi buat masa ni belum ade lagi kelihatan jemputan-jemputan open-open house, open-open opis dan lain-lain sekitar sini.

Serius cakap aku dah tak tau nak update apa-apa entri setakat ini, masa puasa dulu pun banyak join kontest je. Ingat nak update pasal gambar je, belek-belek jumpa satu folder tahun sudah punye gambar masa tu pergi melawat Control Tower KLIA (DCA). Tempat ni bukan sebarang-barang orang boleh masuk, kira aku beruntung la dapat pergi situ baru la lengkap kerja kat KLIA ni hehehe. Nama blog pun infraklia, ape kata kali ni aku akan update gambar-gambar sekitar airports yang tak pernah nampak kat luar. Cantik bukan.

Gambar amik pakai kamera henset je tak pakai kamera canggih maupun digital, kualiti agak biasa-biasa je edit sikit-sikit. Kawasan pemandangan dari atas. Tengok jela.


 dari bawah tower


 runway 2


 satellite building


 tanam-tanaman


 hotel pan pacific


 short term car park


runway 1

Cukup la, sekian.

08 September 2010

Hari Dah Raya??

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin" jika ada kesalahan dan kesilapan saya sepanjang menulis blog ini. Semoga Syawal tahun ini membawa rahmat dan rezeki kepada kita semua. Pulang berhari raya ke kampung sentiasalah berhati-hati di jalan raya. Wassalam..


* ucapan khas dari warga infra


* Saya mahu Hotlink Hot Tiket daripada blog.ariff


07 September 2010

Kemenangan Yang Pertama

Seperti yang sedia maklum, Blog Infra ade menyertai 3 contest sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Contest Copy & Paste dan Oh Best telah diketahui keputusannya, dan Blog Infra telah berjaya memenangi kemenangan yang pertama melalui contest Oh Best. Syabas!! Syabas!!

Seperti yang dijanjikan hadiah kemenangan adalah topup RM10 dan banner selama 1 bulan di blog Oh Best. (takkan sebulan je bos, bagi la lebih-lebih skit, setengah tahun ke barulah Oh Bestnye). Topup dah dapat banner di blog Oh Best pun dah ada. Nak tengok...


* buat banner cincai-cincai je..


Mengenai contest copy & paste pulak, Blog Infra kurang bernasib baik walaupun 4 kali cabutan telah dibuat. Kenapa sampai 4 kali?? Sebab ada peserta yang menang tapi hadiah tak tuntut, player MP4 tu. Tu pun takde orang nak, ape daa...

Dan contest yang masih belum diketahui keputusannya adalah contest Duit Raya Fitrihadi. Contest ni baru je tutup, sambutan begitu mengalakkan dan banyak gak la ucapan-ucapan kreatif dari peserta lain rasa cam tak boleh menanglah pulak. Apa-apa pun kita tunggu keputusan dari tuan punye blog sebab dia dan umumkan 2-3 hari lagi keputusan keluar le.

Ok, rasanya takde apa lagi. Masing-masing sibuk siap sedia untuk raya, hati-hati nanti di jalan raya.


03 September 2010

Selamat Ulang Tahun!!


Hari ini genaplah setahun Blog Infra wujud. Orang kata baru setahun jagung. Kalau budak kecik baru nak berjalan. Entri yang ada pun tak sampai seratus lagi. Blog Infra ni pun biasa-biasa je. Tak macam blog-blog popular yang lain-lain. Apa-apa pun ribuan terima kasih pada mereka yang sudi singgah di Blog Infra ni. Tanpa kamu semua takkan wujud blog ni.

"Selamat Ulang Tahun Yang Pertama 
Untuk Blog Infra"