Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Sinar Ayat Kursi
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
22 Julai 2010
01 Jun 2010
Sinar Ayat Kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat kepadanya.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
- Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
02 November 2009
POTONG!! POTONG!!
*Tak lama lagi akan tiba musim cuti sekolah jadi sesuailah entri ni dikeluarkan bagi menyadarkan pada bapak-bapak ibu-ibu ynag mempunyai anak-anak lelaki bujang yagn hampir baligh segeralah menjalankan aktiviti tahun ini dengan segera. POTONG!! POTONG!! PUTUS!!
Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita (kelentit) mahupun lelaki (kulup). Khatan atau "bersunat" merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh.
Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak gadis adalah terpuji dan bukannya wajib.
Isi kandungan
1 Sejarah
2 Hadis
3 Hikmah
4 Pendapat pakar
5 Negara Khatan
6 Rujukan
7 Pautan luar
Sejarah
Rekod terawal mengenai berkhatan terdapat dalam batu bersurat Mesir Purba dari Saqqara (c 2200 S.M (BC).
Dikatakan Nabi Ibrahim a.s dikhatan ketika berusia 80 tahun dan mengkhatan putera-putera beliau, Nabi Ismail dan Nabi ishak pada usia masing-masing 13 dan 8 tahun. Perbuatan ini kemudian berlarutan sehingga ke nabi seterusnya termasuk Nabi Isa a.s. Untuk kes Nabi Muhammad s.a.w. ada mengatakan baginda dilahirkan sudah berkhatan. Ada juga menyatakan bahawa baginda dikhatankan oleh Malaikat Jibrail atau datuk beliau, Abdul Mutalib.
Di Malaysia, kebanyakan ibu bapa dan penjaga memilih hari cuti penggal, iaitu sekitar pertengahan tahun mahupun hujung tahun untuk mengkhatankan anak-anak mereka. Kanak-kanak ini kebiasaannya dikhatankan ketika berusia dalam lingkungan 10-12 tahun.
Khatan di kalangan masyarakat Arab berbeza dengan masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat Arab memilih untuk mengkhatankan anak mereka ketika baru lahir atau pada peringkat 7 tahun.
Hadis
Fitrah itu lima:
khatan;
memotong bulu kemaluan;
menggunting misai;
memotong kuku; dan
mencabut bulu ketiak. (Bukhari-Muslim)
"Bersihkanlah dirimu dari rambut kufur dan berkhatanlah. " (Ahmad dan Abu Daud)
Hikmah
asas kebersihan dalam Islam
untuk perbezaan agama ( namun pada hari ini, khatan juga dilakukan oleh bukan Muslim )
mencantikkan bentuk kemaluan
memelihara tenaga batin
sunah Nabi Ibrahim a.s dan Rasulullah
mengelakkan zakar terkurung di dalam kulup ketika sedang ereksi atau menegang
menghindarkan dari penyakit
mengurangkan keinginan onani ketika anak-anak baru baligh
Berkhatan juga dikatakan dapat menghindarkan diri dari terkena sebarang penyakit berbahaya seperti HIV. Hasil kajian pengkaji Eropah dan Afrika di empat buah bandar Afrika mendapati berkhatan menghindarkan tiga kali ganda dari dijangkiti HIV/AIDS. Circumcision 'reduces HIV risk'
Pendapat pakar
Di antara kumpulan yang banyak mengeluarkan kenyataan menentang khatan pada hari ini ialah kumpulan NOCIRC (National Organization of Circumcision Information Resource Centers), NOHARMM (National Organization to Halt the Abuse and Routine Mutilation of Males), NORM (National Organization of Restoring Males), RECAP (Re-cover A Penis) dan BUFF (Brothers United for Future Foreskins).
Ramai pakar kanak-kanak menyokong dan memandang baik amalan khatan di kalangan kanak-kanak lelaki, di antaranya Dr. Edgar J.. Schoen. Beliau pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Berhubung Khatan di Amerika (Task Force on Circumcision of the American Academy of Paediatrics) pada tahun 1993 dan sekarang merupakan seorang profesor Perubatan Kanak-Kanak di Universiti California di San Francisco. Beliau juga pernah menjadi Ketua Bahagian Perubatan Kanak-Kanak di Kaiser Permanente, Oakland selama 24 tahun. WebMD Medical News bertarikh 6 Mac 2000 melaporkan tentang satu kajian yang telah beliau lakukan bersama-sama dengan rakan-rakannya dan mereka mendapati dari "89 kes barah zakar, 87 daripadanya adalah dari kalangan lelaki yang tidak berkhatan". Justeru, mereka merumuskan, khatan mencegah lelaki dari menghidap barah zakar dan penemuan ini telah dimuatkan di dalam majalah Pediatrics. (Neil Osterweil, Experts Disagree on Whether Procedure Should Be Routine, WebMD Medical News, Lycos Health, March 6 2000)
Dalam satu keputusan dari kajian yang dilakukan di Afrika Selatan membuktikan berkhatan mengurangkan kadar jangkitan HIV di kalangan lelaki hektroseksual sebanyak 60%. Kajian itu yang dilapurkan dalam Public Library of Science Medicine, mendapati hasil tersebut dalam kajian yang membabitkan 3,280 pemuda. [1]
Di samping itu, terdapat banyak kajian yang telah dilakukan yang menunjukkan khatan mencegah dari pelbagai jenis penyakit.
Risiko seseorang wanita menghidap barah pangkal rahim (cervix) adalah tinggi jika pasangannya tidak berkhatan. Satu kajian yang dilakukan di Lembah Kashmir pada tahun 1993 menunjukkan, amalan berkhatan di tempat ini menyebabkan peratus barah pangkal rahim menjadi rendah jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain di India. Mengikut Dr. Edgar J.. Shoen, seorang pakar kanak-kanak yang terkenal, luka yang sering berlaku di kulup ketika melakukan persetubuhan memudahkan seseorang lelaki yang tidak berkhatan dijangkiti kuman penyakit jangkitan seksual, terutamanya siplis, kankroid dan herpes genitalis. (Dr. Edgar J. Shoen, Circumcision A Lifetime of Medical Benefits, Medicirc, 2000)
Dr. Gerald Weiss, seorang pakar bedah, menegaskan tanpa khatan, bahagian di bawah kulit yang menutupi kepala zakar akan menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman dan ini meningkatkan risiko mendapat limbah kumbahan jangkitan. Kadangkala keadaan ini akan mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan. Pada tahun 1982 dilaporkan, 95% kes radang saluran kencing yang menjangkiti bayi berumur 5 hari 8 bulan berlaku ke atas mereka yang tidak berkhatan. Penyakit ini boleh menyebabkan demam, sakit ketika kencing serta muntah dan di antara komplikasi yang boleh menimpa ialah kerosakan buah pinggang. Kajian Dr. Tom Wiswell dari Amerika mengukuhkan lagi penemuan ini. Kesan yang sama juga boleh berlaku ke atas lelaki dewasa yang tidak berkhatan dan penemuan ini telah dilaporkan di dalam Journal of American Medical Association (JAMA) pada tahun 1992.
Khatan wanita telah menjadi satu isu antarabangsa yang hangat diperdebatkan pada hari ini. Ramai dari kalangan di Barat yang menentangnya dan menganggapnya sebagai pencacatan anggota kelamin selepas berlaku beberapa peristiwa kematian dan kecederaan ke atas kanak-kanak perempuan yang dikhatan. Walau bagaimanapun, sebelum ini, terdapat ramai tokoh-tokoh perubatan di Amerika yang menyokong amalan khatan wanita, sebagai contoh, Dr. W.G. Rathmann (M.D.) dari Hospital Centinella di Inglewood, California. Beliau pernah menulis tentang kebaikan khatan wanita pada tahun 1959 dan tulisan beliau telah dimuatkan di dalam majalah GP, terbitan September, 1959.(W.G. Rathmann, M.D., Female Circumcision: Indications and a New Technique, GP, vol. XX, no. 3, pp 115-120, September, 1959)
Ulama Islam berbeza pendapat berhubung dengan amalan ini, ada yang menggalakkannya dan ada yang menentangnya. Yang paling ketara ialah, nas berhubung dengannya adalah tidak sahih, justeru, ia bukanlah satu amalan yang penting. Perkara yang lebih penting dan perlu diutamakan ialah penjagaan hak-hak wanita, pendidikan dan pemeliharaan kehormatan mereka. Alhamdulillah, penegasan seperti ini telah disebutkan oleh Dr. Yusuf Qardawi di dalam Fatwa-Fatwa Mutakhirnya. (Dr. Yusuf Qardawi, Fatwa-Fatwa Mutakhir, Yayasan al-Hamidy, 1996, hal. 554-555)
Dr. Yusuf Qardawi dalam Fatwa-Fatwa Mutakhir juga berpendapat, semuanya bergantung kepada ibu bapa kepada kanak-kanak itu. Jika mereka hendak mengkhatankan anak mereka, ia diharuskan, dan sebaliknya jika mereka enggan melakukannya, ia tidaklah menjadi suatu kesalahan.. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang cenderung untuk mengkhatan anak-anak perempuan mereka, beliau menasihatkan agar dikhatankan sedikit sahaja daripada kulit, berdasarkan sebuah hadis Nabi s.a.w.:
"Potonglah sedikit sahaja dan jangan sampai ke akarnya kerana ia mengelokkan wajah dan menyenangkan hati suami." (Hadis Daif)
Dengan itu pendekatan terbaik bagi menangani masalah kemudaratan ke atas wanita atau dilakukan oleh mereka yang tidak berkuasa, perkhidmatan perubatan perlu dipertingkatkan agar mereka yang berkhatan boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan terbaik.
Sumber dari Dr Danial Zainal Abidin
Negara Khatan
Untuk khatan di Malaysia, sila lihat: Khatan di Malaysia
Negara-negara berikut mempunyai lelaki yang ramai melakukan khatan ke atas kulup mereka.
Afghanistan, Albania, Algeria, Amerika Syarikat, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia, Brunei,Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Mesir, Eritrea, Ethiopia, Gabon, Gambia, Ghana, Guinea, Indonesia, Iran, Iraq, Israel, Kazakhstan, Kenya, Kuwait, Lubnan, Libya, Madagascar, Malaysia, Maldives, Mali, Mauritania, Maghribi, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Sierra Leone, Somalia, "Somaliland" , Sudan, Syria, Tajikistan, Tunisia, Turki, Turkmenistan, UAE, Uzbekistan, Yaman.
*dari emel admin
30 September 2009
Kelebihan Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Wallahualam,Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.
*p/s rembat dari isuhangat.blogspot.com
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Setelah 2 tahun mengunakan domain dot com, harini adalah hari yang terakhir aku menamatkanya atas sebab kewujudan infraklia a.k.a infrastruk...
-
Hati-hati dengan gambar yang dipaparkan, jangan sampai kantoi ok. Tukang buat blog tidak akan bertanggung jawab sepenuhnya.. Paling panass.....
-
WASTEWATER TREATMENT PLANT 19 Okt - Telah berlansung aktiviti tetap tahunan Infra Club iaitu jamuan hari raya. Walaupun secara kecil-kecila...