30 Disember 2010

Contest: Azam tahun 2011

10 hari aku biarkan blog ni tanpa update. series aku cakap memang aku takde idea. asal blog ni untuk opis aku. takkan aku nak update pasal kehidupan harian aku plak?? macam blogger² lain buat, dia pegi sana dia beritau, dia makan tu amik gambar post dalam blog, dia beli produk baru dia buat entri pasal produk tu. aiicehcehceh, tak nak aku. hujung² tahun ni tak banyak aktiviti yang opis aku anjurkan.

untuk tidak membuang masa lagi dan membiarkan blog ini bersawang, aku dengan suke hatinya ingin menjoin contest yang dijemput oleh matjoe sempena azam tahun 2011.



azam tahun 2011 ni bukan untuk aku, tapi untuk opis infra dan aku secara matematiknya wakil kepada semua warga infra mengharapkan:

  • kakitangan perlukan lagi penambahan, 1 klia nak jaga tak cukup orang.
  • budak-budak G13 semua dah tak sabar nak naik G14 plak, dah 5 tahun berkhidmat takkan takuk tu je.
  • bonus tahun ni biarlah 4-5-6 bulan baru syiokk.
  • HPM biar semua tinggi², pasal kakitangankepalelutut tak cukup tapi boleh handle 1 klia. gempak bukan..
  • AJK sukan infra, banyakkan aktiviti sukan tahun 2011. badminton bile nak setat balik waklin??
  • budak² merokok, signage "no smoking" korang tak paham ke?? sile rokok di luar ye. bawak² lah berazam berenti. rokok mahal.
  • transport untuk kerja pun kena tambah lagi 2-3 bijik lagi. masing² semua berebut nak pakai.
  • menu jamuan bulanan sile pelbagaikan. selera kami besar. tender yang sama kami sudah bosan.
rasanya cukuplah banyak tu je, takut banyak² tak tercapai plak.




‘contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)'


20 Disember 2010

CARA MUDAH HILANGKAN STRESS

sebelum ni pernah buat entri pasal anda stress. kira ni kesinambungan dia la plak. layan ok, semoga manfaat pada kita semua..



CARA MUDAH HILANGKAN STRESS

KETAWA

tidak ada cara yang lebih murah dari ketawa. menurut dr.frederick goh dalam bukunya the metabolic apocalypse dengan ketawa 15 minit setiap hari ia sudah dapat membaiki aliran darah ke hati.

URUTAN SENDIRI

lakukan sendiri untuk menghilangkan rasa pening. urut secara lembut titik-titik akupuntur pada sekitar hidung, tepi mata untuk melegakan rasa tidak selesa.

JALAN

dr. pamela peeke penulis body for life for woman menyarankan supaya berjalan lebih kurang selama 10 minit untuk menenangkan tubuh badan yang sedang stress.

TIDUR

usahakan mendapat tidur yang tenang untuk mengurangkan kegelisahan pada waktu pagi. untuk mendapatkan tidur yang lena, panaskan segelas susu dan campurkan satu sudu teh serbuk kayu manis dan madu. minum sebelum masuk tidur.

SEKS TERATUR

lakukan seks secara teratur dengan pasangan (yang sah ye). hubungan intim bila dilakukan dengan penuh kasih sayang dan cinta dapat meleraikan segala ketegangan. sejumlah kajian membuktikan seks yang sihat akan memberi kesan fizikal. mood juga akan jadi lebih baik.

CIUMAN

bercium dengan pasangan membuatkan tubuh menjadi lebih rileks, hangat dan penuh dengan cinta dan kelembutan serta menimbulkan gelombang otak dan perubahan kimia yang lain. manfaatnya sama seperti selepas bermeditasi.

DOA

ketika anda sedang stress, kelenjar adrenalin tubuh mengeluarkan bahan kimia yang berfungsi meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah serta menurunkan kekebalan tubuh. berdoa dapat mengurangkan stress dan mendekatkan diri kepada tuhan.


p/s : cilok dari nota facebook El

15 Disember 2010

Ayam Berkokok Di Atas Batang...??

aku sekarang suke² layan formspring. sape² yang tak tau formspring tu ape?? korang boleh masuk tengok pastu nanti korang dah tau korang boleh la tanye macam² sampai kejang.

tertariknya aku dengan formspring ni pada suatu hari yang lepas aku ade menanyakan sesuatu pada mereka yang aku follow dengan satu pantun ringkas seperti tajuk di atas. dan bermacam² lah jawapan yang aku dapat. tapi tak semua yang berbalas.




hurmmm..mungkin dorang tak tau nak balas pantun tu, tak pun dorang memang tak pernah dengar?? ape² pun bende ni memang kelakar bagi aku secara tak lansung dapat la gak aku berblog dari tak berupdate lansung.




jawapan dari brader ni memang dah tepat, dia tau..tapi dia dah kata dia tak nak jawab. mule² aku pikir lelaki mesti tau jawapan dia tapi ade gak yang tak tau. kepada wanita², jawapan ade yang hepi² melayan ade yang nampak marah² hehhehe..gurau² je jangan amik series, bende ni nampak lucah ke kak??

yang pasti, 'ayam berkokok di atas batang, bak rokok sebatang'...



p/s : aku tak isap rokok. amaran kerajaan malaysia : merokok merbahayakan kesihatan.

11 Disember 2010

Pesawat MAS Berwajah Baru

untuk sekian kalinya, aku hanya dapat berkongsi gambar yang aku rasa boleh dimuatkan di dalam blog ini. hasil gambar dari kamera yang mempunyai ciri-ciri berkuasa 2 megapixel sahaja. kamera henset sudah.




model, jenis, boeing, airbus ke apa...series memang aku tak tau hahahha..

02 Disember 2010

Award

hahha..sebelum ni pun aku pernah dapat award dari seseorang tapi aku abaikan. aku pikir nak buat apa dengan award-award ni?? best ke?? menarik ke??

untuk kali kedua, ni datangnya dari kawan lama alam maya aku iaitu cik ruzz (thanks). 1st award dulu pun aku ingat dari gadis, yang ni pun sama. aku rasa para-para gadis ni memamg suka bagi award-award kat orang dan main tag-tag ni, mereka sememangnya begitu menghargai apa yang kita buat. tak gitu??

award kali ni disertai dengan tag kepada 10 orang dan cerita sikit 7 pasal diri sendiri. hahaha..yang ni memang aku malas nak jawab tapi disebabkan idea untuk berblogging takde jadi aku pun layan untuk mengisi masa terluang dengan jawapan yang simple-simple je. yehaa..

1. seorang lelaki.
2. dah berkahwin.
3. suka makan.
4. suka komik.
5. tengah mengantuk sekarang sebab kerja malam tadi.
6. berblog untuk suka-suka tapi idea tak banyak.
7. blog ni merangkap blog aku dan blog opis infra.

cam dowh la pulak aku rasa hahha..lantak le. sekarang nak kena tag blogger lain plak?? agak-agak ada orang nak amik silekan..


nah!! amik ko..(cam tak ikhlas je)