31 Disember 2009

Selamat Tahun Baru 2010


Buat semua warga Infra diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010.
Semoga dapat kita sama-sama berkerja dengan lebih cemerlang lagi.
'Happy New Year 2010'

22 Disember 2009

Walimatul Urus 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada mereka yang mengenali dijemput hadir ke majlis perkahwinan saya pada hari Sabtu 2 Januari 2010, bertempat di Jasin Melaka.

Sekian terima kasih.

majlis kahwin

majlis kahwinklik gambar utk besar

17 Disember 2009

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1431H

Assalammualaikum waramatuhllahi wabarakahtuh..


” Ya Allah…Sempena Ma’al Hijrah 1431H, Aku momohon kepada-MU agar insan yang membaca blog ini agar umurnya, amal ibadatnya, rezekinya, hidupnya dan matinya sentiasa dalam peliharaan-MU dan jadikan dia insan yang bertaqwa dan soleh. Amin.”


PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam. Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam. Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.

Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah. Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu ‘Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.



doa akhir tahun

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



doa awal tahun
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H




*sumber dr emel

05 Disember 2009

Green Card - CIDB

Bertarikh 05/12/2009 telah berlansungnya kursus 'Green Card Induction Course' selama sehari suntuk untuk semua staff Infra bagi mendapatkan 'kad ijau' anjuran tac-tic. Di sini dilampirkan beberapa gambar pilihan hasil tembakan dari en g-bam kita yang ensem tu kredit untuk beliau. Bagi mereka yang tidak menyertai kursus tersebut sama-sama lah kita saksikanya...



CIDB kad hijausesi pagi bergambar beramai-ramai dlu..




CIDB kad hijauucapan dr bos nadzim sebelum bermulanya sesi pembelajaran..




CIDB kad hijau
CIDB kad hijauacara berjalan lancar walaupn rmai yg sibuk nk bergambar je..




CIDB kad hijau
CIDB kad hijau
CIDB kad hijau
CIDB kad hijau
CIDB kad hijau
CIDB kad hijau
CIDB kad hijau
CIDB kad hijaupenyerahan kad ijau dan safety helmet kpd mereka yg hadir..




CIDB kad hijauaktiviti melepakkan diri dan makan-makan...




CIDB kad hijaumereka suka dapat safety helmet..




CIDB kad hijausesi bergambar dengan en Tajuddin dr CIDB..




CIDB kad hijau
CIDB kad hijaupara-para gradute bersiap sedia utk berkerja dgn ilmu penuh di dada..cewahhh





Berakhirlah sesi mendapatkan kad ijau tepat pada pukul 3.00ptg. Para-para peserta pulang ke rumah halaman masing-masing untuk merehatkan diri setelah kepenatan di siang hari dengan makan terlampau banyak tadi. Terima Kasih banyak-banyak juga diucapkan kepada pengurusan tac-tic kerana menganjurkan kursus yang sangat berguna ini kepada semua staff Infra.

Sekian...



*klik gambar utk besar

04 Disember 2009

Potluck Infra Dis09

Hari potluck telah ditetapkan pada :

Tarikh : 9/12/2009

Masa : Selepas Roll Call

Tempat : Bilik Mesyuarat Infra

Menu : Team WWTP Sponsor ( tQ yer)


Normah Jaal
(kelab infra)





* maaf jika terdapat sesiapa yang cuti / tiada pada tarikh tersebut. ( aku le tuh)