Tuah Follower Ke 100



Jutaan terima kasih diucapkan untuk fitrihadi.com kerana dengan susah payahnya menyediakan satu entri khas untuk blog infra yang menjadi follower ke 100 blog beliau. "Tuah ayam nampak di kaki, tuah blog siapa yang tahu". Itulah ungkapan yang sesuai untuk digunakan pada masa kini.

Kejadian yang tidak di sangka-sangka ini bakal merubah lagi perspektif umum tentang kewujudan blog infra di mata dunia khasnya di dalam dunia blog kerana telah tersiar di blog fitrihadi.com yang sememangnya semua tahu memiliki bakat semula jadi dalam penambahan dialog-dialog arahan beliau terhadap gambar untuk tatapan umum. Pada siapa yang ingin beriklan sila hubungi beliau, pakej yang ditawarkan amatlah berpatutan.

Juga bakal seorang graduan 3 - 4 tahun lagi yang sedang menuntut di sebuah Universiti terkemuka negara. Moga beliau berjaya menempuhi dengan suksesnya menuntut ilmu (seksa aku dah lepas). Di sini juga ingin membuat sedikit pembetulan mengenai kedudukan di mana infraklia bukan lah berada di KL tetapi di Sepang.

Sekian hendaknya.



2 ulasan:

Top Entri