21 Januari 2010

Pesan Dato Dr Fazilah Kamsah

Dato' Dr Fazilah Kamsah pernah berkata :

" Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)" nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya:

  • Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
  • Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya)

InsyaAllah.



*sumber : lagi-lagi emel

14 Januari 2010

Kuala Lumpur Dalam Kenangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

takde idea sgt nk memblog pas kawin ni, kalo korg ade idea sharing is caring. jadi mari la kite rmai2 menatap pemandangan sekitar KL pd zaman dolu-dolu, tahun gambau ni diambil ade yg tak dpt plak dikesan. saksikan jela..
































*sumber dari emel

12 Januari 2010

Potluck Infra Jan10

Dimaklumkan PotLuck Infra akan diadakan pada:

Tarikh : 13 Januari 2010/Rabu
Tempat : Pejabat Infra Bangunan Kejuruteraan
Masa : 8.30 - 9.00 pagi

Penyediaan Potluck akan di buat oleh pihak Infra Workshop.
Diharap semua kakitangan dapat hadir pada pagi tersebut.

Sekian, terima kasih

(AJK Kelab Infra)