Peraduan: Copy & Paste Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. aku join contest lagi bulan-bulan puasa ni senang dan mudah copy dan paste je.



Raya tahun ni saya nak layan lagu Selamat Hari Raya, Balik Kampung, Dendang Perantau dan lain-lain dengan MP4 yang dihadiahkan oleh MediaHehe..


Kalau terasa nak MP4 ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com


 



Raya tahun ni saya nak tangkap gambar kuih semperit, lemang Pak Ali, ketupat rendang dan semualah dengan Kamera Digital yang dihadiahkan oleh MediaHehe..


Kalau terasa nak Kamera Digital ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com

Siap.


Contest : Top 10 Best Things for Top 10 Entry

Semalam dah join contest dari fitrihadi, kali ni join contest dari unwanted pulak. bulan-bulan puasa ni tak tahu nak update apa-apa entri, aktiviti opis Infra pun setakat buka puasa kat hotel-hotel je. takkan tu pun nak cerita yetak, nampak mewah la kununnye pulak, cehhh. jadi untuk mengisi masa yang terluang ni, aku ingat nak join mana-mana contest yang ada bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama blogger di bulan yang mulia ini dan menambah duit raya. yehaaa...

Syarat-syarat untuk join 'Contest : Top 10 Best Things for Top 10 Entry' boleh klik sini, ayat skema je sebijik tiru ayat kat contest fitrihadi semalam. nampak sangat aku takde idea nak cerita panjang-panjang. contest ni diadakan bertujuan untuk mempromosi blog baru dari unwanted sendiri iaitu blog Oh Best!.

Oh Best! mengikut dari kata-kata unwanted "Best adalah sesuatu yang subjektif. Ini kerana perkara yang best mungkin adalah suatu lawak, mungkin juga kesedaran, pengetahuan, seni dan pelbagai lagi. Ianya boleh jadi sekeping gambar, atau turutan gambar, cerita bergambar, video dengan satu kisah ataupun video dengan komplasi tertentu. Tidak kira samada kartun ataupun perkara yang sebenar berlaku dalam hidup ini".



* banner contest


Aku cuma ada satu gambar yang ingin dikongsikan bersama-sama, kejadian ini berlaku semasa aku pergi rumah member aku kawin, entri pasal majlis tu pun aku ada buat. nak tau klik je sini. ok kita saksikan je gambar tersebut.

V

V
V
V
V
V
V

V


* gambar ini bertajuk "berhati-hati di jalan raya"


Ok, sekian je.


Contest Duit Raya Fitrihadi.com

Serius aku cakap ni adalah contest yang pertama-tama kalinya aku join sejak aku mula berblogging. aku tertarik nak join pun sebab dapat inspirasi dari tuan punya contest melihat gaya olahan dialog-dialog ke atas gambar-gambar yang diedit beliau jadi aku pun ikut buat sama dengan cara aku walaupun nampak macam ntahapahapantah. sori ye fitrihadi kalo aku tiru cara ko untuk join 'Contest Duit Raya Fitrihadi.com' ni.


Syarat-syarat untuk join 'Contest Duit Raya Fitrihadi.com' boleh klik sini, tak pun klik je banner kat side bar tu. baca dan fahami kalo nak join. cukup sampai sini, saksikan ucapan raya aku untuk fitrihadi. yehaaa...

jeng..jeng..jeng


*klik gambar untuk tengok


High Heel Shoes

harini aku nak kongsi sikit emel yang aku dapat ni dengan korang, boleh la korang sampaikan untuk isteri-isteri, adik-adik perempuan, kakak-kakak, mak-mak, makcik-makcik, nyah-nyah dan sewaktu dengannya. akibat memakai "high heel shoes" dalam bahasa melayu kasut tumit tinggi daa..



*klik untuk tumbesaran 


kat sini gak ada satu entri menarik dari ben ashaari nak aku kongsikan : http://benashaari2.blogspot.com/2010/02/biarlah-gambar-je-yang-bercerita.html

Salam Ramadhan 2010





Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk semua para sahabat, kenalan, rakan-rakan blogger dan mereka yang mengunjungi Blog Infra KLIA semoga puasa kali ini lebih bermakna dari puasa yang sebelumnya.


“Wahai orang yang beriman, difardukan kepada kamu puasa sebagaimana yang pernah difardukan kepada orang sebelum kamu, semoga kamu beroleh taqwa.”

Sempena Ramadhan

Sempena Ramadhan yang akan datang nanti Opis Infra telah mengadakan satu jamuan untuk meraikannya merangkap sambutan hari jadi dan menyambut kelahiran baru. Sambutan kurang memberangsangkan tatkala kelihatan staff Infra kebanyakkannya ada yang bercuti, cuti kerja malam, berkursus dan lain-lain.







Tiada shoot menarik yang dapat dikongsikan sangat, hanya tertarik pada kek hari jadi yang dioder oleh kak norm. (kak..dah tolong promote ni tak kan takde pape kot)

 Sekian saje la..


*p/s : korang perasan tak blog infra ni dah tukar dot com

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan bulan penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. Kesempatan ini disertakan jadual waktu berbuka puasa, imsak dan solat bagi sepanjang bulan Ramadhan tahun 2010.

Sama-samalah kita menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya.

Wassalam..



 * klik untuk besar



** update : 09/08/2010

nak senang klik pada link samada open new tab ataupun save link as..


Bil
NEGERI
ZON
1
MELAKA
MELAKA
2
JOHOR
ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR
3
PERAK
ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT
4
SARAWAK
ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI 
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI,   LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
5
SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN, SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR  TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN  KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN  KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
6
TERENGGANU
ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2- BESUT DAN SETIU
ZON 3- HULU TERENGGANU
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN
7
KELANTAN
ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
8
SELANGOR
ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
9
PAHANG
ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN  BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13
NEGERI SEMBILAN
ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA  PILAH DAN JELEBU
14
KEDAH
ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG


Top Entri