24 Januari 2011

Orang lelaki memang lurus ke??

macam biasa bile takde idea nak berblogging aku copy paste je dari mel. kali ni aku postkan cerita suasana kehidupan suami isteri, bukan tujuan aku nak mengaibkan siapa-siapa tetapi sekadar hiburan semata-mata. suke?? terima kasih. tak suke?? ape bleh buat. sedikit edit bagi menyedapkan cerita. layan....

--------------------------------------------------------------------------------


Alkisahnya bermula di sini...

Laki talipon, "yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?"

Bini jawab, "takmau bang, bini awak diet..."

Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa. Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot. Siap majuk-majuk. Lari tido bilik sebelah...

Bila laki query balik, "kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii..."

Bini jawab, "memangla orang kata takmau apa-apa... Tapi belikan jela apa-apa... Kalau abang beli apa-apa kita makan je..."

"Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?"

--------------------------------------------------------------------------------

Laki talipon bini, "petang ni awak nak masak apa yang?"

Bini jawab, "alaaahhh... Hari-hari kena masak, penatlah bang... Balik keja ni abang makan siap-siaplah..."

Laki pun, balik keje. Singgah kedai mamak, tibai nasik beriyani kari kambeng baekk punya. Sampai rumah, sendawa bau kambeng...

Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!

"Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!"

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kambeng!

Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi...!!

"Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi ni?"

--------------------------------------------------------------------------------

"Abang ni, kalo dok rumah asik sepah rumah jelah! Bini abang penat tau nak kemas rumah semedang. Abang tak kuar gi mancing ke?? Gi main bola ke?? Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak ni..."

Si laki punyala seronok ...

Dan-dan bangun gi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...

Bila dah siap, kuar bilik... Tengok anak bini dah siap-siap pakai baju lawa...

"Bangggg, bini awak sama anak-anak ikut awak eh?"

--------------------------------------------------------------------------------

"Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?"

"Abang keja lah yang..."

"Abang hantar bini abang dengan anak-anak dah la bang, pastu abang balik la KL balik..."

Lepas dah hantar anak bini balik kampung, esoknya laki pun start keta... Nak balik KL.

Baru sampai tengah jalan, talipon berbunyi... Bini dia talipon.

"Abang bila nak balik ambik kitorang bang?"

--------------------------------------------------------------------------------

"Abang ni asyik tengok tv je dari semalam tau, abang tak kesian bini abang ke... Dah kelupas-kelupas kulit jari tau... Asik basuh kain je... Abang tolong la lipat banjaran Himalaya dalam bilik tu bang..."

Laki pun, dengan muka rebel... Masuk bilik... Lipat kain

Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba je kena petir plak...

"Apa awak lipat kain mcm ni banggg? Kenapa sudut kanan tak align dengan sudut kiri ni? Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam? kenapa spender ni awak lipat tiga? kenapa? kenapa? kenapa?..."

--------------------------------------------------------------------------------

"Nah ambik anak ni bang... Pakaikan pampers, pakaikan baju... Bini abang nak mandikan anak yang sorang lagi..."

"Nak bagi pakai baju mana ni yang..?"

"Alah abangni... Kan baju anak ada 8 bakul tu... Pakaikan jelah baju mana-mana pun... Bukan ada orang nak tengok punnn..."

Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju...

"Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kuning, tapi baju kaler merah? Kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami haa..."

--------------------------------------------------------------------------------

Kesian lelaki... Otak lurus sangat... Takleh bengkang bengkok sket.

P/S – Sekadar hiburan... Tiada kena mengena yang hidup atau yang dah tiada... Sekian.

13 Januari 2011

ofis infra ada hantu - part 2

ok, sambungan dari part 1 hari tu. pada sape-sape yang belum bace sile bace dulu, takut korang tak paham tiba-tiba jadi seram je plak. hehehheeee....

************************************************
hujan yang mulanya renyai-renyai makin lebat. ofis yang tidak berekon malam hari sejuk yang amat-amat. pintu ofis depan belakang memang aku kunci, lantak lah kalau ade budak-budak agl datang nak photostat, tunggu la besok pagi. tido tak sedap diganggu.

jam tak tau dah pukul berapa, mata memang sudah terlelap walaupun keadaan tidak selesa, sofa untuk duduk 2 orang jadikan tempat baring mana nak sedap nak sedap balik rumah. apsal asik cakap sedap-sedap je ni, ahh..sudah!!

suasana sunyi sepi. adegan akan bermula. dalam keadaan tido-tido ayam kedengaran tapak kaki lari-lari kecil ke sana ke mari. diam sebentar. aku abaikan je, yang penting jangan datang dekat aku. nak main-main kat situ buat la ape pun.

lampu memang aku suke padam semua, dengan bertemankan cahaya dari akuarium saje, suasana semakin suram. aku yang lebih suke menghadap ke bahagia partion berbanding ocot menghadap akuarium kununnya ingin menikmati pemandangan indah laut di kala malam menjelang. cehhh blah la lu..

bunyik tapak kaki tadi sudah tidak ade lagi tapi kali ni lain plak yang datang. cemas sebentar. aku dapat rasakan satu aura semakin lama semakin menghampiri dan semakin dekat. walaupun aku melelapkan mata aku dapat rasakan seolah-olah ade sekujur tubuh berdiri betul-betul di kepala aku dan memerhatikan aku, aku ditenung face to face. nak aje bukak mata tapi mata aku berat sangat seolah-olah digam. kejadian berterusan sampai aku betul-betul terlelap.

pagi menjelang aku bersiap-siap. ocot awal lagi sudah bangun aku tengok dia dah kat dalam surau sembahyang subuh diikuti oleh aku. selesai saje masing-masing ke meja menyiapkan report untuk roll call pagi. aku mula bersembang dengan ocot.

"malam tadi ko ade dengar pape tak cot..??" tanya ku.

"aku dengar ade orang jalan.." jawab ocot series.

"ishh..sama lah aku, nak tido pun tak senang.." balas aku.

ocot menambah lagi. "bukan tu je, kekadang aku tengah-tengah tido pun aku rasa cam ade orang datang dekat aku pastu tenung-tenung muke aku..."

ahh sudah. ocot pun dah kena macam aku.

"hahha..ko pun kena camtu gak ke, sah-sah memang dia nak sakat kita ni.." aku mencelah.

kompem!! memang ade. ni kali kedua aku kena. sebelum ni pernah sekali aku stay back sorang-sorang, dengan tak semena-mena aku dengar bunyik ketawa perempuan. halusss je. aku terjage, terus aku cek mana-mana pc yang on. mana la tau budak-budak ni nak sakat aku. semua pc off. aku diam. terus sambung tido tanpa tindakkan ape-ape.

banyak lagi kisah-kisah yang terjadi di ofis ni yang aku dengar dari budak-budak infra. masing-masing sudah mengalaminya. mat pet, sudah kebiasaan kalo stay back tido dalam kereta akan menjadi katil. sorang-sorang dalam ofis, seram katanya.

pada mereka yang berhajat untuk masuk ke unit infra mau pun staff-staff baru nanti, jika anda terbaca entri ini berhati-hati lah dengan suasana malam semasa di ofis kerana semua staff akan merasa kerja malam. dan mengakhiri cerita tak takut ni dengan ucapan. jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. syuhhhh....


nota kaki : dialog dan kejadian di atas adalah benar-benar belaka daripada penulis dan rakannya. ditokok tambah sikit-sikt untuk penyedap cerita.

12 Januari 2011

Real WWF

bosan + boring = nak sambung crite hantu part 2 belum kesampaian lagi, takde idea. cek emel ni yang aku dapat aku kongsi dengan korang. ni baru la betul real wwf. nak gelak bile 1st time tengok gambar ni. hampehh..

09 Januari 2011

buat profile facebook cantik


jom buat profile facebook camni, korang boleh masuk link ni. pic scatter. mudah dan simple je. boleh cuba banyak-banyak gambar dulu baru masukkan dalam facebook. yehaa...

07 Januari 2011

kategori pelayar internet / browser

pelayar internet / browser sekarang sudah berbagai-bagai. kali ni aku nak kongsi ape yang aku dapat melalui blog serius. saje untuk sharing-sharing dan suke-suke.



demm..aku pakai musang berapi.  oldfags!! hampeh betol. korang..??

05 Januari 2011

ofis infra ada hantu - part 1

tahun lepas, beberapa bulan yang lalu. kena kerja malam lagi. macam biasa dalam pukul 11 lebih aku datang punch card 'in'.

sampai ofis, ocot sudah kelihatan siap bersandar dengan kerusi empuknya menonton movie di pc bersama budak-budak pest control sambil asap berketul-ketul di awang-awangan macam naga sorang-sorang aku tengok.

papan tanda 'no smoking' lansung tidak dihiraukan, bagi aku elok turunkan aje gantikan dengan gambar model yang ngetop-ngetop lagi bagus. tapi nanti pak abu marah la plak. jadi biarkan je di situ sebagai satu 'regulation' yang kena ada dalam satu-satu opis itu.

biasa aku sampai aku akan tanya ocot malam ni buat kat mana?

"buat mana cot malam ni?" tanya aku.

"kat lcct.." jawab ocot ringkas.

aku diam. ocot pun diam meneruskan tontonan movie sambil gelak-gelak sakan dengan budak-budak pest control tadi. cerita transformer 2. ada kelakar-kelakar ke?

aku duduk terus on pc, tengok NOTAM untuk kerja malam ni ada ke tidak. sambil memerhati layout klia yang tertampal kat partion aku untuk memastikan kawasan kerja malam ni.

semua sudah siap setel. aku menunggu masa sambil cek emel ape yang patut. tengok blog-blog orang. ber'fb' kalau dapat tembus dari kena blok. porn dilarang sama sekali.

jam suda 12 lebih. aku siap berjaket, snow cap dan memakai safety vest untuk masuk ke dalam airside. ocot yang dari tadi khusyuk layan movie bersuara.

"masuk dah ke ket.." KET. tu nama panggilan aku kat sini ok.

jawab aku. "masuklah, dah kul baper dah ni. malam ni dua keje nak kene jage.."

aku terus ke kereta dan bergerak ke post 3 untuk masuk ke airside menuju ke ASU berjumpa dengan kontraktor aku yang sudah sedia menunggu.

"baper orang malam ni rip..??" tanya aku. arip kontraktor yang bertugas malam itu.

"termasuk saya 8 orang.." jawab arip sambil sengih-sengih.

"8 orang je..?? malam ni tempat tu besor nak kena buat tau dak.." aku yang agak angin sikit dengan jawapannya.

masih sengih-sengih lagi. "abis nak buat lagu mana, fairus dok soh bawak banyak ni je.."

aku terus menuju ke kawasan kerja dan tepat pada pukul 1 pagi setelah me'ngontek' tower menggunakan 'walkie talkie' kerja-kerja berjalan seperti biasa.

sekitar jam 3 lebih, tiba-tiba hujan pada malam tu turun dengan renyai-renyainya.

arip datang dan bertanya kepada aku. "camana ni cik kadri..??"

CIK..!! dah macam perempuan belum kawin plak aku rasa. sebab tiap kali arip sms aku, ni la yang dia taip untuk panggilan nama aku. cisss...

"cancel, balik jela.." jawab aku senang.

keluar dari airside aku terus balik ke ofis. sampai ofis aku lihat ocot sudah mengambil kedudukan baring atas sofa dengan nyenyaknya. entah bila kerja dia habis pun aku tak tau.

ok. masa tu aku kalau kerja malam memang takkan balik rumah macam sekarang ni, aku lebih suka stay back kat ofis je. sekarang lain, ada peneman dah.

dari tadi yang agak geram melihat ocot tidur dengan sedapnya. aku pun terus landing dengan jayanya dekat sofa satu lagi. 'ok. sila amik perhatian kat sini, aku bukan geram dengan ocot ok. aku bukan gay.

dan segala-galanya bermula dari saat mata mula terpejam...

nantikan part 2.

03 Januari 2011

mencantikkan tempat kemaluan perempuan untuk lelaki

1st entri sempena tahun baru. selamat tahun baru 2011 untuk semua. series aku cakap, ape yang orang lain penah buat kat blog dorang aku pun nak buat gak. ni bukan nak kejar trafikk ke ape. aku pikir takde orang nak carik benda alah ni. nila sorang je yang sangkut dekat keywords aku.


entah ape yang dia carik pun aku tak tau.


pastu aku try la search google tengok part entri aku yang mana la sangkut dengan keywords ni.


nah!! amik ko..


hahha..entri pasal potong daa


p/s : entri takde idea