28 Oktober 2010

Entri Ke 100

entri ke 100. sebelum ni pernah buat entri ke 50. 1 tahun 2 bulan lebih kurang kewujudan blog infra ni. baru memiliki 100 entri sahaja, purata 2 entri per minggu. yeke?? tidak seperti blog popular yang lain. 1 hari 3 ke 4 entri atau lebih boleh dibuat. kalau takde copy paste belum tentu cukup 100 entri ni haha. walaubagaimanapun aku tetap berbangga dengan hasil yang aku buat ni.

apa yang blog infra ada/dapat/nak/kemajuan setelah 100 entri.
  • blog infra sudah memiliki domain sendiri. infraklia{dot}com pada akhir bulan 7 lepas. setelah berfikir panjang dan mendapat sedikit nasihat dari brader ben tentang baik dan bagus menggunakan domain sendiri. thanks bro.
  • sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana contest dari mana-mana blogger yang ada. kini 5 contest telah berjaya disertai, 1 contest masih lagi berjalan. pemilihan contest kena tengok-tengok dulu. mau contest yang simple dan mudah saje hehe. pernah gak lah menang salah satu contest yang ada itu.
  • orang berkata-kata berblogging ni secara tak lansung boleh dapat duit sampingan. betul. tak tipu. sudah merasa dan mendapat hasilnya. walaupun tak banyak mana pun aku tetap bersyukur. Alhamdulillah. thanks juga pada nuffnang walaupun sekarang lansung dah takde BE lagi. kalau nak bagi lagi sila-silakan.
  • follower. setakat 100 entri sudah ada 52 follower. trimas pada yang sudi ikut blog ni, walaupun tak banyak info yang dapat dikongsi tapi aku akan cuba untuk mempertingkatkannya. terima kasih banyak-banyak semua. komen?? 2 ratus lebih je. ok latu.
  • seolah-olah kurang mendapat sambutan di kalangan warga infra. mungkin masalah lama kembali berulang, tak tau nak komen macamana. aicehh..takpe-takpe, mungkin korang silent reader kot cuma aku je tak tau. ingat nak cari co founder di kalangan warga infra untuk blog ni. lupakan dulu.
cukup setakat ini, harapannya agar aku takkan putus tengah jalan. untuk entri ke 200 berapa lama aku boleh sampai sebanyak itu?? ni satu cabaran untuk diri aku sendiri. sekali ucapan jutaan terima kasih pada yang sudi singgah di blog infra ni.

26 Oktober 2010

Shoutbox Blog Infra



Assalamualaikum..

akhirnya ada gak entri aku nak buat sepanjang hampir seminggu kekeringan idea. rasanya pendek je entri ni. tengok pada tajuk menggambarkan seolah-oleh yang aku nak beritau bahawasahanya blog infra sudah ada shoutbox. asalnya memang aku tak suka sangat shoutbox ni tapi memandangkan ramai yang tak suka nak komen apa salahnya kalau diadakan shoutbox untuk memudahkan mereka-mereka meninggalkan jejak bila singgah blog infra ni.

walaubagaimanapun, aku tetap mengharapkan mereka-mereka ini tetap meninggalkan komen-komen membina mahupun kritikan pada setiap entri blog infra ni dan tidak hanya pada shoutbox. untuk pengetahuan gak, shoutbox ni masih dalam percubaan. agak-agak ok mungkin akan diteruskan begitu sebaliknya.

pemilihan shoutbox ni berdasarkan widget-widget yang tidak diblok oleh server opis aku. hal ini kerana 98% aku update blog di opis selebihnya di cyber cafe. tiada laptop mahu pun broadband digunakan kerana aku bukanlah part time blogger tetapi suku dari itu. kalau cuti panjang, bersawang lah ia.

sekian untuk kali ini. entri ini dibuat semasa orang lain kelam kabut audit ISO.


*update 29/7/2011 - shoutbox sudah lego, tak membawa makna.


18 Oktober 2010

Hikmah di sebalik AIR SEMBAHYANG

Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tidak berfaedah.

Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini'.
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Penjelasan : Panas di Padang Masyar matahari sejengkal di atas kepala.

Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain.

Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat'
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


* by emel

14 Oktober 2010

My Raya Moments Contest

1st, untuk sekian kalinya, ini adalah contest yang ke 4 aku join. contest kali ni ajuran dari saudara eyriqazz a.k.a the great teacher onizuka. syarat-syarat penyertaan pada mereka-meraka yang nak join contest ni boleh terus ke blog tuan punye contest. hadiah terkumpul bernilai rm1000, banyak tu mana tau sangkut no 1 ke paling koman dapat saguhati pun jadi lah.

2nd, my raya moments yang aku nak kongsi kat sini adalah sekitar sambutan aidilfitri anjuran kelab kejuruteraan Malaysia Airports Sepang yang baru saja berlalu. mari kita saksikan.



sebahagian staff infra yang cun-cun dan hensem-hensem belake.


kemeriahan aidilfitri dikongsi bersama dengan anak-anak yatim.


3rd, tak perlu mengulas panjang, cukup 2 gambar di atas. untuk lihat lebih lanjut di sini. rasanya ramai gadis-gadis yang join contest ni berbanding lelaki. tak kisah layan je.

lastly, My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids, Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150) and Denaihati (RM200)

11 Oktober 2010

Sambutan Aidilfitri Engineering Division 2010

seperti yang diwartakan sebelum ini, setelah puas memilih dan mengedit gambar-gambar yang melepasi tahap tontonan umum sahaja sebanyak beberapa gambar daripada beratus-ratus kepingan gambar yang cantk-cantik belake. daripada kamera henset bawak ke kamera canggih tahap gbam gaban, akhirnya selama seharian sahaja mengejas gambar itu ini sana sini, maka saksikan lah sekitar majlis untaian aidilfitri anjuran kelab kejuruteraan Malaysia Airports Sepang. yehaa...


sesi perbincangan mengenai gerai yang akan diwujudkan.


 kerja-kerja sering dilakukan dengan kerjasama yang amat digalakan.


 menu rolling goat untuk dijamu oleh para tetamu.


macam biasa posing-posing memang menjadi kegemaran warga infra.


 posing lagi.


 sesi makan sambil suap-suap manja gitu. gambar bawah agak rakus, bersahaja dan malu-malu sipu.


 gambar atas 5 hero infra. gambar bawah makan! makan! makan!


 raksasa itu rakus, lalu membaham tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman manusia.


 gambar latar belakang menceritakan betapa 2 ekor kambing tidak cukup lalu mengoder 1 ekor lagi.



kemeriahan aidilfitri dikongsi bersama dengan anak-anak yatim dari Baitus Sakinah Wal Mahabbah, Kota Warisan Sepang.



pada yang berminat untuk memberi sumbang kewangan sebagai derma/zakat/fidyah dan sebagainya boleh melayari http://baitussakinah.org/

sekian untuk kali ini.

08 Oktober 2010

Buffered Earnings Dah Nak Habis!!

sejak akhir-akhir ini satu persatu BE blog infra kehabisan, daripada tiga belas yang tinggal hanya satu je. itu pun masa keluarnya tengah malam bawak ke pagi sikit. serius aku cakap blog ni memang tak banyak follower dengan readernye sekali. untuk tarik pengunjung aku setakat post dekat facebook dan menumpang pada mereka yang buka group kat facebook.

rasa-rasa untuk dapat BE lagi pada masa akan datang macam susah je. sebelum ni dapat banyak mungkin rezeki bulan puasa dan raya. mungkin kali ni nuff nak bagi dekat orang lain pulak. kongsi sama-sama rasa sama-sama dengan blogger yang lain.untuk earnings dah boleh cash out untuk yang kali ke dua. tak banyak mana pun lepas untuk bayar domain jadi la.

IDEA!! nila masalah aku nak update blog, memang takde lansung idea. aku setakat boleh copy n paste je. sampai bila aku nak buat camtu?? dalam minggu depan mungkin ada 2 post berkaitan opis aku akan diupdate, nasib baik la ada aktiviti kat tempat kerja, boleh la sumbang-sumbang kat blog. kalau camni la gayanya, nampak la blog ni back to normal seminggu 1-2 entri je yang mampu.

caya atau tak entri panjang ni sebenarnya aku karang 3 hari, gila ahh. memang aku tak layak jadi penulis cam blogger popular yang lain. yang mana entri dorang panjang berjela-jela, jalan cerita pun menarik jalan cerita aku hampeh, 1 hari 3 entri ke atas boleh buat. apa susah, nak selalu update blog join je mana-mana contest dari blogger yang ada macam yang pernah aku masuk dulu. 3 hari berturut-turut update. kalau sekarang contest yang tengah top dari sorang blogger fofular hadiah terkumpul bernilai rm1000 tu.

aku dah tak tau nak bebel apa, minggu depan aku akan update suasana raya kat opis aku nanti.


p/s : pada cik ruzz, sori yer awak tag saya haritu saya tak sempat buat. jangan kecik hati.

p/s2 : sponsor untuk akuarium ikan infra pun dah bagi ye. 

p/s3 : pada geng infra yang lain, tak dapat nak open table. duit dah abis. sori..

04 Oktober 2010

Tips Naik Teksi

Ok kali ni aku nak kongsi sikit tips dengan korang semua. Bukan apa, benda ni dah jadi dua kali dekat adik aku yang mana pemandu teksi tersebut boleh dikatakan penipu dan cekik darah. Aku bukan nak kata semua pemandu teksi macam tu mungkin hanya segelintir sahaja. Sebelum jadi kat korang semua yang sememangnya suka naik teksi boleh lah baca tips yang ada ni.

PANDUAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TEKSI

Kenal pasti jalan yang ingin dilalui dan jumlah tambang
Seperti mana anda merancang perjalanan, anda juga boleh mengenal pasti jalan yang ingin anda lalui. Anda boleh bertanyakan pekerja di hotel tempat anda menginap, orang tempatan, pegawai polis peronda, pekerja-pekerja pengkhidmatan penghantaran makanan atau pun posmen. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai jumlah tambang yang sepatutnya dengan menghubungi persatuan-persatuan teksi negeri.

Bawa peta, pensil dan kamera.
Sekiranya anda baru kali pertama pergi ke destinasi tersebut, anda boleh mencatatkan jalan yang digunakan oleh pemandu teksi sebagai rujukan dan langkah berjaga-jaga. Mengambil gambar mercu tanda juga adalah langkah yang bijak untuk memudahkan anda mengingati jalan yang anda lalui.

Sediakan wang kecil secukupnya
Tidak memiliki wang baki adalah salah satu alasan yang sering digunakan oleh pemandu-pemandu teksi yang tidak bertanggung jawab untuk mendapatkan keuntungan. Sekiranya anda membayar tambang dengan wang secukupnya, anda telah melindungi diri anda daripada pemandu-pemandu teksi yang suka mengambil kesempatan ini.

Pilih teksi yang menggunakan meter
Segelintir pemandu teksi yang degil masih enggan menggunakan meter dan mengenakan bayaran sesuka hati. Anda perlu bertanyakan kepada pemandu sama ada teksi tersebut menggunakan perkhidmatan meter atau tidak terutamanya apabila anda kali pertama tiba ditempat tersebut.

Bincang harga terlebih dahulu
Sekiranya kawasan tersebut memang tiada perkhidmatan teksi bermeter, pastikan anda berbincang dan mendapatkan harga yang bersesuaian sebelum menaiki teksi. Elakkan bertanya harga tambang setelah anda tiba ke destinasi.

Simpan resit
Resit diperlukan sebagai tuntutan dan sebagai bukti sekiranya berlaku kesalahan. Pastikan anda memeriksa semula resit anda pada penyata bulanan sekiranya anda membayar menggunakan kad kredit.

Pilih untuk duduk di kerusi penumpang belakang
Rompakan dan pencabulan kadang kala boleh berlaku tanpa kita duga. Memilih untuk duduk di kerusi penumpang bahagian belakang adalah pilihan yang bijak terutamanya sekiranya anda adalah penumpang wanita dan bersendirian. Anda berpeluang untuk melindungi diri daripada tindakan yang tidak diingini oleh pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.

Keluar apabila keadaan meragukan
Sewaktu membuat perjanjian, sekiranya pemandu teksi tidak bersetuju dengan bayaran yang sepatutnya dan meminta anda membayar lebih, segera keluar daripada teksi tersebut dan cari teksi lain. Anda sentiasa memiliki hak untuk membuat pilihan. Perhatikan meter ketika dalam perjalanan, dan sekiranya meter bergerak terlalu pantas dan meragukan, beranikan diri anda untuk meminta pemandu teksi berhenti dan anda perlu segera keluar dari teksi tersebut. Pemandu teksi tersebut berkemungkinan telah mengubah suai meter untuk menipu penumpang.

PROSEDUR ADUAN
Aduan tentang perkhidmatan teksi boleh dikemukakan dengan cara menulis, telefon, faks, ataupun melalui e-mel dan disertakan dengan nama dan alamat lengkap pengadu. Dokumen-dokumen sokongan harus disertakan sekiranya ada untuk membuktikan kesahihan seperti resit, invois pembelian pakej, jadual lawatan (itinerary) dan sebagainya.

MAKLUMAT DIPERLUKAN

Sila pastikan maklumat penting berikut disertakan dalam aduan anda:

• Nama penuh Pengadu dan Nombor Kad Pengenalan
• Nama Pemandu
• Nombor kenderaan
• Tarikh Aduan
• Maklumat Aduan
• Maklumat saksi selain anda yang boleh dihubungi

Aduan berhubungkait dengan perkhidmatan teksi boleh dirujuk kepada:

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan LPKP:
Web: http://e.kpun.gov.my/teksi/
Tel: 03 2698 5022,Fax: 03 2692 5096
Aduan & Maklumbalas Pengguna Teksi: http://www.kpun.gov.my/borang/maklumbalas.php

Semakan Maklumat Teksi: http://e.kpun.gov.my/teksi/info.htm

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Malaysia (NCCC)
No.1D, Bangunan SKPPK, Jln SS9A/17, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Web: www.nccc.org.my , E-MAIL: nccc@nccc.org.my

Tel: 03 7877 9000, Fax: 03 7874 8097, SMS: 013 692 3826

sumber : Konsumerkini


cilok dari : http://www.benashaari.com/2010/10/tips-nak-guna-teksi.html