26 April 2010

1st time cashout dari Nuffnang

Salam...

mula berblogging atas nama infraklia seawal bulan ogos tahun 2009, hari ni hujung bulan april tahun 2010, ni lah kali pertama aku dah boleh cashout dari nuffnang. bagi mereka yang tau, berapa RM yang dibenarkan cashout boleh agak banyak mana yang aku dapat. 8 bulan kena tunggu, tak kisah lah banyak mana pun kena pelan-pelan kayuh.

apa-apa pun aku belum cash out lagi, biarkan je dulu. belum pikir lagi hasil ni nak bawak ke mana. pada mereka-mereka yang secara langsung atau tak langsung aku ucapkan terima kasih kerana sudi-sudi singgah blog tak glemer ni TQ gak pada pihak nuffnang. teruskan menyokong..

berambus...




19 April 2010

kartun portal pendidikan utusan part 2

lagi sekali projek ikan terbengkalai, ikan laut baru masuk 2-3 ekor je. ada gak yang da KO. bagi merehatkan minda marila kita bersama-sama layan katun di bawah ni, entri yang sama pernah dibuat dulu, nak tengok klik sini. layan..




utusan malaysia
utusan malaysia
utusan malaysia
utusan malaysia
utusan malaysia
utusan malaysia
utusan malaysia
utusan malaysia




13 April 2010

Anda Stress??


Punca Stress
  • Masalah kewangan
  • Menunggu lama
  • Konflik keluarga
  • Kena buli
  • Rasa rendah diri
  • Beban kerja
  • Penyakit fizikal
  • Kesesakan lalu lintas
  • Persekitaran yang tidak selesa
  • Tragedi
Gejala Stress
  • Gelisah
  • Risau keterlaluan
  • Gangguan tidur
  • Kurang tumpuan kerja
  • Cepat marah
Amalkan 10B
  • Bertenang
  • Bernafas dengan dalam
  • Berkata : Relakslah..
  • Beribadat
  • Bercakap dengan seseorang
  • Berurut
  • Berehat dan mendengar muzik
  • Beriadah
  • Bersenam
  • Berfikiran positif

09 April 2010

7 Cara Tampil Menawan

Jangan keterlaluan
Anda tidak perlu mengenakan solekan yang keterlaluan untuk kelihatan cantik kerana akan mencacatkan penampilan anda. Elakkan memakai penggaris mata yang terlalu gelap dan tebal kerana akan kelihatan keterlaluan dan merosakkan solekan anda. Selain itu, memakai maskara juga perlu bersesuaian dengan mata. Memakai terlalu banyak maskara menyebabkan bulu mata anda kelihatan seperti palsu.

Begitu juga dengan bedak asas, ia perlu sesuai dengan warna kulit muka. Jika tidak, wajah akan kelihatan terlalu gelap atau terlalu cerah daripada warna sebenar kulit anda. Jangan keterlaluan ketika mengenakan solekan agar wajah anda akan kelihatan cantik semulajadi.


Mengenakan gincu dengan betul
Mengenakan gincu perlu disesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Agar sapuan gincu kelihatan cantik, terlebih dahulu gariskan bibir anda dengan penggaris bibir agar ia terbentuk dengan sempurna dan pastikan garisan bibir tersebut tidak kelihatan. Jangan mengenakan garisan di luar bibir jika mahu bibir anda kelihatan tebal kerana ia akan nampak tidak semula jadi.


Sesuaikan solekan dengan majlis yang dihadiri
Menghadiri sesuatu majlis atau sebarang aktiviti memerlukan anda mengenakan solekan yang berbeza. Oleh itu, anda perlu bijak dalam mengenakan solekan agar anda tidak akan kelihatan pelik ketika menghadiri majlis atau aktiviti tersebut.

Amat tidak bersesuaian untuk anda jika mengenakan solekan yang tebal untuk melakukan aktiviti riadah di tepi pantai. Selain itu, anda perlu bijak membezakan antara solekan siang dan solekan malam.


Jangan ragu-ragu mengenakan solekan
Ada wanita yang masih ragu-ragu untuk mengenakan sebarang solekan kerana khuatir akan kelihatan pelik atau keterlaluan. Usah bimbang kerana anda hanya mulakan dengan solekan yang nipis dan gunakan warna yang lembut. Mengenakan solekan yang nipis lebih baik daripada tidak mengenakan sebarang solekan langsung.

Mengenal pasti keseluruhan penampilan anda
Penting untuk anda mengenal pasti apa yang bersesuaian dengan warna kulit, rambut dan juga bentuk muka dan badan. Pilih solekan yang sesuai dengan warna kulit agar ia kelihatan semula jadi. Contohnya, jika berkulit gelap, anda perlu mengenakan solekan dengan warna yang gelap. Selain itu, kenal pasti jenis kulit anda sama ada berminyak atau kering. Kulit yang berminyak memerlukan anda memakai pelembab yang mengawal minyak.

Memilih warna rambut yang sesuai
Sama seperti solekan, warna rambut juga perlu disesuaikan dengan warna kulit anda. Warna kulit yang cerah perlu disesuaikan dengan mewarnakan rambut dengan warna yang cerah begitu juga sebaliknya.

Sentuhan terakhir
Setelah mengenakan solekan dengan sempurna, pastikan anda sentiasa touch up agar solekan anda tidak hilang atau pudar.


*sumber : emel lg

05 April 2010

Entri Ke 50

entri ke 50 atau pun post yang ke 50. banyak yang aku nak kongsi kat sini, antaranya:

IDEA
idea untuk mewujudkan blog infra ni datangnya masa study part time kat poli dulu, kagum dengan presentation classmate aku guna 'php' ala-ala menggunakan perisian laman web (aku pun tak tau sangat pasal benda ni) orang lain semua pakai powerpoint je.

pernah gak waklin cadangkan untuk buat majalah infra, setiap aktiviti yang dilakukan oleh unit infra diterbitkan dalam majalah sebulan sekali. rasanya buat majalah banyak kos kena pakai.

dengan itu datang lah idea untuk mewujudkan blog infra, percuma je.

DOMAIN
bermula dengan wordpress, proses untuk memilih nama khusus untuk blog ni memakan masa 5 minit. 'infrastruktur' & 'infrablog', pernah terlintas dalam kepala otak nak pakai masa tu. dan akhirnya 'infraklia' diterima pakai, pendek dan senang nak ingat.

dari wordpress bertukar ke blogspot, sebab-sebab pakai blogspot agak senang sket nak urus yang lain-lain tu tak payah la cerita sini ok.

mungkin satu hari nanti domain infraklia.blogspot.com akan bertukar www.infraklia.com pulak, kita tunggu je nanti ok.

COPY PASTE
ni kalau tau dek blogger-blogger otai ni dorang marah ni, tapi apakan daya banyak gak la post yang kat dalam blog ni aku copy paste dari emel yang aku dapat. kalau aku cilok dari blog orang lain pun aku akan bagi kredit pada blog tu. jangan risau.

HAMPEH
yang hampehnya kat sini tapi rasanya kelakar la gak, budak-budak infra ni dorang tau tengok je apa yang ada lam blog ni tapi tak tau nak komen, ape daa...tapi bukan semua la.

satu lagi kehampehsan yang ada, biasanya aku akan berblogging kat opis aje. kat rumah mana nak ada internet ke 'berukben' ke jadinya kemudahan yang ada kat opis ni aku gunakan sebaik mungkin tapi banyak pulak yang kena blok. jangan nanti blog pun kena blok sudah la.

SUMBER INSPIRASI
nak kata sumber inspirasi tak gak la, tapi blog-blog dorang ni la yang aku suka layan.

1. akubetul

mamat betul ni antara blog yang mula-mula sekali aku jumpa, sekitar akhir tahun 2007 awal 2008, walaupun masa tu blog memang da lama wujud (aku agak ketinggalan). lama la aku follow blog dia, da setahun ikut baru 1st time aku bagi komen kat blog dia hahhha. tapi mamat betul ni memang seorang blogger yang bagus, aku memang suka dengan penulisan dia cuma yang bahasa inggeris je aku tak suka hehhe.

2. akukopi

seorang lagi mamat yang aku kagum dengan hasil 'tembakan' beliau. gambar-gambar yang beliau ambik memang cantik-cantik dan hebat-hebat belaka. siapa-siapa nak belajar bergambar boleh la belajar dengan dia, pakej bergambar dia bagi pun murah la gak. siapa nak book kat dia sendiri.

3. chokilala

ni spesel sket, blogger girl. boleh tahan la post-post dia ni. ada satu post pasal fahrin ahmad memang lawak la gak kalau korang baca. minah ni ramai follower dia termasuk la aku sekali.

4. blog dila

sorang lagi blogger girl yang aku suka dok follow blog dia. budak sekolah lagi ni bawah umur. minah ni suka sangat join contest yang dibuat oleh para-para bloggers yang ada. kreatif, inovatif dan plastik la gak bila dia da join contest-contest tu semua. boleh kata minah ni gila-gila la gak.

cukup la 4 blog terbaik ni je yang aku paparkan. dorang bukannya aku kenal pun, aku pun dorang tak kenal. hahhaha..


aku rasa sampai sini jela. tulis banyak-banyak pun bukan ada orang baca, lagi pun follower blog ni takde sangat. budak-budak opis je buka kalau dorang rajin. hahahha..

berambuss...