30 Disember 2010

Contest: Azam tahun 2011

10 hari aku biarkan blog ni tanpa update. series aku cakap memang aku takde idea. asal blog ni untuk opis aku. takkan aku nak update pasal kehidupan harian aku plak?? macam blogger² lain buat, dia pegi sana dia beritau, dia makan tu amik gambar post dalam blog, dia beli produk baru dia buat entri pasal produk tu. aiicehcehceh, tak nak aku. hujung² tahun ni tak banyak aktiviti yang opis aku anjurkan.

untuk tidak membuang masa lagi dan membiarkan blog ini bersawang, aku dengan suke hatinya ingin menjoin contest yang dijemput oleh matjoe sempena azam tahun 2011.



azam tahun 2011 ni bukan untuk aku, tapi untuk opis infra dan aku secara matematiknya wakil kepada semua warga infra mengharapkan:

  • kakitangan perlukan lagi penambahan, 1 klia nak jaga tak cukup orang.
  • budak-budak G13 semua dah tak sabar nak naik G14 plak, dah 5 tahun berkhidmat takkan takuk tu je.
  • bonus tahun ni biarlah 4-5-6 bulan baru syiokk.
  • HPM biar semua tinggi², pasal kakitangankepalelutut tak cukup tapi boleh handle 1 klia. gempak bukan..
  • AJK sukan infra, banyakkan aktiviti sukan tahun 2011. badminton bile nak setat balik waklin??
  • budak² merokok, signage "no smoking" korang tak paham ke?? sile rokok di luar ye. bawak² lah berazam berenti. rokok mahal.
  • transport untuk kerja pun kena tambah lagi 2-3 bijik lagi. masing² semua berebut nak pakai.
  • menu jamuan bulanan sile pelbagaikan. selera kami besar. tender yang sama kami sudah bosan.
rasanya cukuplah banyak tu je, takut banyak² tak tercapai plak.




‘contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)'


2 ulasan:

ftrhd berkata...

good luck bro...aku pun nak join contest ni..nanti ar..now nak tumpu kat blog sendiri dulu heehee

Moluha berkata...

jom friendly bola sepak...huhu..
baity vs infra