- Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
- Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "Bismillah" dan menyudahi dengan "Alhamdulillah".
- Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
- Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
- Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan / minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais tidak digalakkan.
- Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
- Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
- Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
- Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
- Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan / minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi.
- Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
- Biasakan makan makanan / minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..
Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.
* by emel
3 ulasan:
hoho susah ar nak makan nasi sehari sekali...nanti cepat lapas ar....
thanx info!
I like reading your website because you can constantly bring us new and cool stuff, I feel that I ought to at least say thanks for your hard work.
- Henry
Catat Ulasan