Petua Imam Syafie

"kelihatan beberapa hari yang sudah masih tiada idea untuk update blog, jadi di kesempatan ini hanyalah boleh copy paste dari emel yang dapat untuk berkongsi pada mereka yang memerlukannya. sama-samalah kita menghayati dan mempraktikannya. jika ada kesalahan pada info dibawah harap ditegur. sekian dari saya melaporkan."


4 PERKARA YANG MENGUATKAN BADAN
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

4 PERKARA YANG MELEMAHKAN BADAN
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu berasa cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

4 PERKARA YANG MENAJAMKAN MATA
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

4 PERKARA YANG MEROSAKKAN MATA
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

4 PERKARA YANG MENAJAMKAN FIKIRAN
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. Tidur Para Nabi : Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. Tidur Para Ulama' & Ahli Ibadah : Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. Tidur Para Raja Yang Haloba : Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur Syaitan : Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


*emel lagi


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Keep posting stuff like this i really like it

Bella Enveeus berkata...

:) this is a nice post.. sangat bagus berkongsi ilmu begini :)

Top Entri