Entri Ke 50

entri ke 50 atau pun post yang ke 50. banyak yang aku nak kongsi kat sini, antaranya:

IDEA
idea untuk mewujudkan blog infra ni datangnya masa study part time kat poli dulu, kagum dengan presentation classmate aku guna 'php' ala-ala menggunakan perisian laman web (aku pun tak tau sangat pasal benda ni) orang lain semua pakai powerpoint je.

pernah gak waklin cadangkan untuk buat majalah infra, setiap aktiviti yang dilakukan oleh unit infra diterbitkan dalam majalah sebulan sekali. rasanya buat majalah banyak kos kena pakai.

dengan itu datang lah idea untuk mewujudkan blog infra, percuma je.

DOMAIN
bermula dengan wordpress, proses untuk memilih nama khusus untuk blog ni memakan masa 5 minit. 'infrastruktur' & 'infrablog', pernah terlintas dalam kepala otak nak pakai masa tu. dan akhirnya 'infraklia' diterima pakai, pendek dan senang nak ingat.

dari wordpress bertukar ke blogspot, sebab-sebab pakai blogspot agak senang sket nak urus yang lain-lain tu tak payah la cerita sini ok.

mungkin satu hari nanti domain infraklia.blogspot.com akan bertukar www.infraklia.com pulak, kita tunggu je nanti ok.

COPY PASTE
ni kalau tau dek blogger-blogger otai ni dorang marah ni, tapi apakan daya banyak gak la post yang kat dalam blog ni aku copy paste dari emel yang aku dapat. kalau aku cilok dari blog orang lain pun aku akan bagi kredit pada blog tu. jangan risau.

HAMPEH
yang hampehnya kat sini tapi rasanya kelakar la gak, budak-budak infra ni dorang tau tengok je apa yang ada lam blog ni tapi tak tau nak komen, ape daa...tapi bukan semua la.

satu lagi kehampehsan yang ada, biasanya aku akan berblogging kat opis aje. kat rumah mana nak ada internet ke 'berukben' ke jadinya kemudahan yang ada kat opis ni aku gunakan sebaik mungkin tapi banyak pulak yang kena blok. jangan nanti blog pun kena blok sudah la.

SUMBER INSPIRASI
nak kata sumber inspirasi tak gak la, tapi blog-blog dorang ni la yang aku suka layan.

1. akubetul

mamat betul ni antara blog yang mula-mula sekali aku jumpa, sekitar akhir tahun 2007 awal 2008, walaupun masa tu blog memang da lama wujud (aku agak ketinggalan). lama la aku follow blog dia, da setahun ikut baru 1st time aku bagi komen kat blog dia hahhha. tapi mamat betul ni memang seorang blogger yang bagus, aku memang suka dengan penulisan dia cuma yang bahasa inggeris je aku tak suka hehhe.

2. akukopi

seorang lagi mamat yang aku kagum dengan hasil 'tembakan' beliau. gambar-gambar yang beliau ambik memang cantik-cantik dan hebat-hebat belaka. siapa-siapa nak belajar bergambar boleh la belajar dengan dia, pakej bergambar dia bagi pun murah la gak. siapa nak book kat dia sendiri.

3. chokilala

ni spesel sket, blogger girl. boleh tahan la post-post dia ni. ada satu post pasal fahrin ahmad memang lawak la gak kalau korang baca. minah ni ramai follower dia termasuk la aku sekali.

4. blog dila

sorang lagi blogger girl yang aku suka dok follow blog dia. budak sekolah lagi ni bawah umur. minah ni suka sangat join contest yang dibuat oleh para-para bloggers yang ada. kreatif, inovatif dan plastik la gak bila dia da join contest-contest tu semua. boleh kata minah ni gila-gila la gak.

cukup la 4 blog terbaik ni je yang aku paparkan. dorang bukannya aku kenal pun, aku pun dorang tak kenal. hahhaha..


aku rasa sampai sini jela. tulis banyak-banyak pun bukan ada orang baca, lagi pun follower blog ni takde sangat. budak-budak opis je buka kalau dorang rajin. hahahha..

berambuss...





2 ulasan:

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

hehehe :-))

moga lebeh maju jaya :)

infraklia berkata...

tq pd miss lolly aka rmai follower..slalu2 la singah nnt

Top Entri