CUACA PANAS - Nasihat Kesihatan Kepada Orang Ramai


CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA

Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.

RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun, kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, penghidap penyakit sistem pernafasan, penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

GEJALA CUACA PANAS MELAMPAU

1. Sakit kepala

2. Keletihan

3. Lemah tumpuan

4. Pening

5. Lemah otot–otot atau kekejangan

6. Mual dan muntah

7. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

CARA-CARA MENCEGAH & MENGURANGKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN

1. Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

3. Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan.

4. Hadkan aktiviti luar.

5. Kerap berehat.

6. Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda.

7. Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.

8. Pakai topi atau payung yang besar.

ELAKKAN

1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.

2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.

3. Bersenam dalam cuaca panas.

PETUA - PETUA JIKA MENGALAMI MASALAH BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS

1. Keluar dari kawasan yang panas.

2. Tanggalkan pakaian yang ketat.

3. Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.

4. Gunakan kipas untuk sejukkan badan.

5. Minum air setiap 15 minit.

6. Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.


*PESANAN KESEDARAN KESIHATAN UNTUK OHSAS18001 OLEH UNIT KUALITI SISTEM

lagi tips ketika cuaca panas. klik

2 ulasan:

oktant berkata...

Terima kasih atas nasihat ni. Memang perlu banyakkan minum air masak. ;)

Fitrihadi berkata...

selalu kalau panas cari kipas, tido je.. memang tak produktif time panas2 ni...

Top Entri