Orang lelaki memang lurus ke??

macam biasa bile takde idea nak berblogging aku copy paste je dari mel. kali ni aku postkan cerita suasana kehidupan suami isteri, bukan tujuan aku nak mengaibkan siapa-siapa tetapi sekadar hiburan semata-mata. suke?? terima kasih. tak suke?? ape bleh buat. sedikit edit bagi menyedapkan cerita. layan....

--------------------------------------------------------------------------------


Alkisahnya bermula di sini...

Laki talipon, "yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?"

Bini jawab, "takmau bang, bini awak diet..."

Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa. Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot. Siap majuk-majuk. Lari tido bilik sebelah...

Bila laki query balik, "kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii..."

Bini jawab, "memangla orang kata takmau apa-apa... Tapi belikan jela apa-apa... Kalau abang beli apa-apa kita makan je..."

"Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?"

--------------------------------------------------------------------------------

Laki talipon bini, "petang ni awak nak masak apa yang?"

Bini jawab, "alaaahhh... Hari-hari kena masak, penatlah bang... Balik keja ni abang makan siap-siaplah..."

Laki pun, balik keje. Singgah kedai mamak, tibai nasik beriyani kari kambeng baekk punya. Sampai rumah, sendawa bau kambeng...

Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!

"Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!"

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kambeng!

Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi...!!

"Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi ni?"

--------------------------------------------------------------------------------

"Abang ni, kalo dok rumah asik sepah rumah jelah! Bini abang penat tau nak kemas rumah semedang. Abang tak kuar gi mancing ke?? Gi main bola ke?? Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak ni..."

Si laki punyala seronok ...

Dan-dan bangun gi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...

Bila dah siap, kuar bilik... Tengok anak bini dah siap-siap pakai baju lawa...

"Bangggg, bini awak sama anak-anak ikut awak eh?"

--------------------------------------------------------------------------------

"Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?"

"Abang keja lah yang..."

"Abang hantar bini abang dengan anak-anak dah la bang, pastu abang balik la KL balik..."

Lepas dah hantar anak bini balik kampung, esoknya laki pun start keta... Nak balik KL.

Baru sampai tengah jalan, talipon berbunyi... Bini dia talipon.

"Abang bila nak balik ambik kitorang bang?"

--------------------------------------------------------------------------------

"Abang ni asyik tengok tv je dari semalam tau, abang tak kesian bini abang ke... Dah kelupas-kelupas kulit jari tau... Asik basuh kain je... Abang tolong la lipat banjaran Himalaya dalam bilik tu bang..."

Laki pun, dengan muka rebel... Masuk bilik... Lipat kain

Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba je kena petir plak...

"Apa awak lipat kain mcm ni banggg? Kenapa sudut kanan tak align dengan sudut kiri ni? Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam? kenapa spender ni awak lipat tiga? kenapa? kenapa? kenapa?..."

--------------------------------------------------------------------------------

"Nah ambik anak ni bang... Pakaikan pampers, pakaikan baju... Bini abang nak mandikan anak yang sorang lagi..."

"Nak bagi pakai baju mana ni yang..?"

"Alah abangni... Kan baju anak ada 8 bakul tu... Pakaikan jelah baju mana-mana pun... Bukan ada orang nak tengok punnn..."

Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju...

"Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kuning, tapi baju kaler merah? Kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami haa..."

--------------------------------------------------------------------------------

Kesian lelaki... Otak lurus sangat... Takleh bengkang bengkok sket.

P/S – Sekadar hiburan... Tiada kena mengena yang hidup atau yang dah tiada... Sekian.

2 ulasan:

Fitrihadi.com berkata...

hahaha kesian si suami tu kena buli dengan isteri adehhh

tungkaran hati.blogspot berkata...

blog walking....! nice blog to watch out.

Top Entri