ofis infra ada hantu - part 1

tahun lepas, beberapa bulan yang lalu. kena kerja malam lagi. macam biasa dalam pukul 11 lebih aku datang punch card 'in'.

sampai ofis, ocot sudah kelihatan siap bersandar dengan kerusi empuknya menonton movie di pc bersama budak-budak pest control sambil asap berketul-ketul di awang-awangan macam naga sorang-sorang aku tengok.

papan tanda 'no smoking' lansung tidak dihiraukan, bagi aku elok turunkan aje gantikan dengan gambar model yang ngetop-ngetop lagi bagus. tapi nanti pak abu marah la plak. jadi biarkan je di situ sebagai satu 'regulation' yang kena ada dalam satu-satu opis itu.

biasa aku sampai aku akan tanya ocot malam ni buat kat mana?

"buat mana cot malam ni?" tanya aku.

"kat lcct.." jawab ocot ringkas.

aku diam. ocot pun diam meneruskan tontonan movie sambil gelak-gelak sakan dengan budak-budak pest control tadi. cerita transformer 2. ada kelakar-kelakar ke?

aku duduk terus on pc, tengok NOTAM untuk kerja malam ni ada ke tidak. sambil memerhati layout klia yang tertampal kat partion aku untuk memastikan kawasan kerja malam ni.

semua sudah siap setel. aku menunggu masa sambil cek emel ape yang patut. tengok blog-blog orang. ber'fb' kalau dapat tembus dari kena blok. porn dilarang sama sekali.

jam suda 12 lebih. aku siap berjaket, snow cap dan memakai safety vest untuk masuk ke dalam airside. ocot yang dari tadi khusyuk layan movie bersuara.

"masuk dah ke ket.." KET. tu nama panggilan aku kat sini ok.

jawab aku. "masuklah, dah kul baper dah ni. malam ni dua keje nak kene jage.."

aku terus ke kereta dan bergerak ke post 3 untuk masuk ke airside menuju ke ASU berjumpa dengan kontraktor aku yang sudah sedia menunggu.

"baper orang malam ni rip..??" tanya aku. arip kontraktor yang bertugas malam itu.

"termasuk saya 8 orang.." jawab arip sambil sengih-sengih.

"8 orang je..?? malam ni tempat tu besor nak kena buat tau dak.." aku yang agak angin sikit dengan jawapannya.

masih sengih-sengih lagi. "abis nak buat lagu mana, fairus dok soh bawak banyak ni je.."

aku terus menuju ke kawasan kerja dan tepat pada pukul 1 pagi setelah me'ngontek' tower menggunakan 'walkie talkie' kerja-kerja berjalan seperti biasa.

sekitar jam 3 lebih, tiba-tiba hujan pada malam tu turun dengan renyai-renyainya.

arip datang dan bertanya kepada aku. "camana ni cik kadri..??"

CIK..!! dah macam perempuan belum kawin plak aku rasa. sebab tiap kali arip sms aku, ni la yang dia taip untuk panggilan nama aku. cisss...

"cancel, balik jela.." jawab aku senang.

keluar dari airside aku terus balik ke ofis. sampai ofis aku lihat ocot sudah mengambil kedudukan baring atas sofa dengan nyenyaknya. entah bila kerja dia habis pun aku tak tau.

ok. masa tu aku kalau kerja malam memang takkan balik rumah macam sekarang ni, aku lebih suka stay back kat ofis je. sekarang lain, ada peneman dah.

dari tadi yang agak geram melihat ocot tidur dengan sedapnya. aku pun terus landing dengan jayanya dekat sofa satu lagi. 'ok. sila amik perhatian kat sini, aku bukan geram dengan ocot ok. aku bukan gay.

dan segala-galanya bermula dari saat mata mula terpejam...

nantikan part 2.

4 ulasan:

el-farini zainudin berkata...

hahahah..normal la..tu belum tgk yg siap terbang dr egr bay landing atas bumbung bomba lg..siap suare tu..

fiza berkata...

Ala...tgh syok baca bersambung plak. Bila nak buat part 2 plak? Tak sabo nih.

Fitrihadi.com berkata...

wooh mu ni buek eden saspeng jo...adehhh

Ali ridha berkata...

layan je movie kat pc.

1.1.11 11:11 pagi Dimana Ali ridha?

Top Entri