24 Mei 2010
Tips Ketika Cuaca Panas
Minum banyak air
Di sebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.
Dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau jus buah-buahan bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.
Ubahsuai diet anda
Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.
Rasional dalam melakukan senaman
Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.
Pilih pakaian yang sesuai
Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.
Elakkan perangkap haba
Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.
Fakta
Kesan haba panas pada tubuh
20• darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.
25• darjah Celsius - peluh biasa.
30• darjah Celsius - Ketidakselesaan.
40• darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.
45• darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.
* sumber : emel
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan bulan penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. Kesem...
-
Setelah 2 tahun mengunakan domain dot com, harini adalah hari yang terakhir aku menamatkanya atas sebab kewujudan infraklia a.k.a infrastruk...
-
idea makin kurang, projek ikan masih berjalan lg tp kurang follow up tunggu 2 3 hari baru update blk..di sini dipautkn beberapa edisi kartun...
9 ulasan:
Ohoo....macam tu rupanya. Terima kasih utk maklumat yang berguna ni..mmg sekarang ni panas sungguh... =.="
woo suka info pasal kesan haba tuh
sekarang memang panas!!
I think I need air conditioner more. LOL
yeah.. water is important during hot weather =)
siap ada tips pakai baju lagi .. hahaha! BEST2!
tak update ke INFRA? :P
air...air..air..
nice info, dalam cuaca panas ni memang perlukan air sangat2
Catat Ulasan