24 Mei 2010

Tips Ketika Cuaca Panas

panas


Minum banyak air

Di sebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau jus buah-buahan bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

Ubahsuai diet anda

Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.

Pilih pakaian yang sesuai

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.

Elakkan perangkap haba

Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.


Fakta

Kesan haba panas pada tubuh

20• darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.

25• darjah Celsius - peluh biasa.

30• darjah Celsius - Ketidakselesaan.

40• darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.

45• darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.

* sumber : emel




9 ulasan:

Zinedine Zaiddin berkata...

Ohoo....macam tu rupanya. Terima kasih utk maklumat yang berguna ni..mmg sekarang ni panas sungguh... =.="

Rina Rossoneri berkata...

woo suka info pasal kesan haba tuh

kadri azmi berkata...

sekarang memang panas!!

jfook berkata...

I think I need air conditioner more. LOL

Ken Wooi berkata...

yeah.. water is important during hot weather =)

Dakjaat berkata...

siap ada tips pakai baju lagi .. hahaha! BEST2!

Dakjaat berkata...

tak update ke INFRA? :P

saya_arief berkata...

air...air..air..

akuvision berkata...

nice info, dalam cuaca panas ni memang perlukan air sangat2