untuk pengetahuan, sebanyak 3 ekor ikan pernah dimasukkan di dalam akuarium ni KO serta merta cuma ikan nemo aje masih bertahan sejak hari pertama dilancarkan, tak ingat dah bila tarikhnya. apa-apa pun kita nikmati pemandangna yang indah-indah ini dulu..
amacam...cantik bukan, menurut laporan dari projek manager ikan-ikan masih lagi mau ditambah jadi sponsor-sponsor yang seterusnya dialu-alukan sangat segala urusan boleh bertanya sendiri dengan waklin atau pun pembantu-pembantu peribadi beliau ocot dan boboi. kalau pandai-pandai beli ikan sendiri jangan marah kalau kena reject dengan mereka-mereka ini saya tak bertanggung jawab.
lagi satu projek ni masih terbengkalai kerana atapnya masih tidak dapat dibuat, seperti yang terdahulu pernah diberitau sumbangan idea untuk atap juga dialu-alukan nak bagi design ke buah pikiran ke apa-apa jela yang berkaitan.
sampai di sini saja dahulu, sekian dari saya yang melapor..
*update : 5/5/2010
senarai nama-nama tukang sponsor ikan untuk projek infra.
- ikan nemo kuning - waklin
- ikan besar dan nemo oren - maroon
- ikan belang putih hitam - ocot
- ikan biru - mat nor
diharap lagi banyak sponsor akan menyusul dengan segera.
sekian..
2 ulasan:
wah cantik2 ikan dan akuarium tu...nak mancing kat situ boleh?
wah..bape harge ikan tu sekor kat kedai?
Catat Ulasan