26 November 2011

Sejukkan Badan Selepas Bersenam

Fasa ini dilakukan di akhir senaman. Aktiviti senaman tidak boleh dihentikan dengan serta merta kerana ini akan memberikan kesan dan risiko kesakitan kepada otot dan badan keseluruhannya. Ia perlu dilakukan sama seperti proses memanaskan badan untuk menurunkan kadar nadi kembali kepada keadaan biasa dan mengembalikan otot kepada keadaan rehat.

Jika senaman dihentikan serta merta, darah akan terperangkap dalam otot yang sedang bekerja dan tidak berkeupayaan untuk balik ke jantung (blood pooling) menyebabkan seseorang itu berasa pening. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada otot disebabkan oleh asid laktik yang terkumpul dalam otot.

Ini adalah sebab kenapa pentingnya untuk kita sejukkan badan selepas bersenam
  1. Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
  2. Menjajar semula otot-otot.
  3. Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman.
  4. Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
  5. Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.
  6. Mententeram atau merelakskan anda.
Dah baca jangan lupa praktik =)

kredit to : http://faridzulasyraf.com

2 ulasan:

Nadiah berkata...

aku tag ko http://sysygawk.blogspot.com/2011/12/segmen-up-traffik-akhir-tahun.html

Aisyah Ghazi berkata...

betul, kena sejukkan badan after bersenam. kalau tk, mmg tegang2 segala otot. lepas excersice, rse mcm angkasawan baru landing! huhuhuhu.
Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<