25 November 2011

Panaskan Badan Sebelum Bersenam

Sesi pemanasan badan adalah sangat penting sebelum untuk memulakan apa sahaja aktiviti yang agak lasak. Tak kira untuk aerobik ke, menari ke ataupun bersukan, sesi pemanasan badan adalah sangat penting. Bawah ni adalah antara kepentingan untuk kita memanaskan badan sebelum bersenam.

Meningkatkan suhu badan
Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot.

Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot
Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.

Menambahbaiki proses pengecutan otot
Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak.

Merangsang transmisi atau pengaliran saraf
Ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu pergerakan sesetengah otot untuk berfungsi dengan lebih berkesan.

Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal
Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti.

Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan
Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga.

Jadi, dah tahu kepentingan memanaskan badan ni, jangan pura-pura tak buat pulak ya. Selamat mencuba!

kredit to : http://faridzulasyraf.com

Tiada ulasan: