27 Mei 2011

futsal - infra vs agl/eps

sekian lama blog dibiarkan bersawang tanpa sebarang aktiviti hari ini 26/5/2011 pukul 6.00 petang telah diadakan satu perlawanan futsal antara infra dan agl/eps di mana perlawanan ini sepatutnya berlansung semasa perasmian pembukaan gelangang baru di engineering compleks tetapi tidak berjaya kerana tidak mendapat sambutan hangat dari pihak lawan yang hanya berjaya menghantar seorang sahaja wakil pada masa itu iaitu miji eps. jadi perlawanan yang sepatutnya berlansung bulan lepas itu terpaksa digantikan dengan pasukan tac-tic si penyiap gelanggang tersebut.

maka kehendaknya pada isnin yang lepas dengan gaya angkuh kelihatan kapten pasukan agl/eps (brader wan) melangkah ke opis infra untuk me'repeat' semula perlawanan yang tertangguh sebelum ini. nada suaranya yang agak kerek telah meng'oferkan pasukan infra untuk berentap kembali dengan pasukannya seperti yang dirancang sebelum ini. wakil dari pihak infra tanpa ragu-ragu segera menyahut cabaran tersebut maka terciptalah satu sejarah yang bakal berlansung kelak.

di pihak infra pula sesi racun-meracun, kutuk-mengutuk, maki-memaki sesama sendiri terjadi maka kepada mereka yang pada asalnya enggan untuk turun beraksi akibat lanjut usia akhirnya segera turun padang akibat tidak tahan diprovokasi setiap hari. perang psikologi juga berlaku di antara kedua-dua pihak yang bakal bertemu seolah-olah seperti perlawanan akhir champions league yang akan datang.

wakil infra masing-masing terdiri daripada kapten pasukan tharma, boboi, bad, ocot, anil, azhan, akmal, ikhwan dan saya sendiri di samping beberapa penyokong tegar infra iaitu waklin dan bos yang ditemani si bunga penyeri majlis, tak payah cakap sape. manakala di pihak agl/eps telah berjaya membawa wakil seramai 5 orang iaitu wan, sting, satesh, miji1 dan miji2. satu perningkatan yang baik berbanding dulu yang hanya menghantar 1 wakil je hee...

tanpa membuang masa ratapilah beberapa gambar tak seberapa ini sebagai bukti infra agl/eps pernah berentap....



series cakap licin ohh..2 3 kali gak aku tergolek...


keeper infra tak payah tukar sampai bila-bila pun takpe...


suasana sekitar hari pertandingan..


"amik ko tapak.." bad berkata-kata...


aksi menakjubkan dari brader wan...chewahhh


err...


super sub agl/eps, miji2 baju team malaysia..


hmmm..ni jela beberapa keping gambar yang nampak ok, yang lain kelabu asap. keputusan perlawanan rasanya tak perlu diberitahu rasanya mesti tau mana team yang menang. moga aktiviti riadah seperti ini dapat dijalankan seminggu sekali untuk kesihatan diri dan silaturahim sesama kita walaupun dalam gelanggang macam-macam cacian diterima, adat la tu.

akhir kata mohon maaf jika ada yang terguris kata dengan kata-kata di atas. kita kawan-kawan tak mau lawan ok...salam


1 ulasan:

lieza berkata...

perghh!! otai2 Infra beraksi..menang, dpt hadiah per nihh....