08 Oktober 2010

Buffered Earnings Dah Nak Habis!!

sejak akhir-akhir ini satu persatu BE blog infra kehabisan, daripada tiga belas yang tinggal hanya satu je. itu pun masa keluarnya tengah malam bawak ke pagi sikit. serius aku cakap blog ni memang tak banyak follower dengan readernye sekali. untuk tarik pengunjung aku setakat post dekat facebook dan menumpang pada mereka yang buka group kat facebook.

rasa-rasa untuk dapat BE lagi pada masa akan datang macam susah je. sebelum ni dapat banyak mungkin rezeki bulan puasa dan raya. mungkin kali ni nuff nak bagi dekat orang lain pulak. kongsi sama-sama rasa sama-sama dengan blogger yang lain.untuk earnings dah boleh cash out untuk yang kali ke dua. tak banyak mana pun lepas untuk bayar domain jadi la.

IDEA!! nila masalah aku nak update blog, memang takde lansung idea. aku setakat boleh copy n paste je. sampai bila aku nak buat camtu?? dalam minggu depan mungkin ada 2 post berkaitan opis aku akan diupdate, nasib baik la ada aktiviti kat tempat kerja, boleh la sumbang-sumbang kat blog. kalau camni la gayanya, nampak la blog ni back to normal seminggu 1-2 entri je yang mampu.

caya atau tak entri panjang ni sebenarnya aku karang 3 hari, gila ahh. memang aku tak layak jadi penulis cam blogger popular yang lain. yang mana entri dorang panjang berjela-jela, jalan cerita pun menarik jalan cerita aku hampeh, 1 hari 3 entri ke atas boleh buat. apa susah, nak selalu update blog join je mana-mana contest dari blogger yang ada macam yang pernah aku masuk dulu. 3 hari berturut-turut update. kalau sekarang contest yang tengah top dari sorang blogger fofular hadiah terkumpul bernilai rm1000 tu.

aku dah tak tau nak bebel apa, minggu depan aku akan update suasana raya kat opis aku nanti.


p/s : pada cik ruzz, sori yer awak tag saya haritu saya tak sempat buat. jangan kecik hati.

p/s2 : sponsor untuk akuarium ikan infra pun dah bagi ye. 

p/s3 : pada geng infra yang lain, tak dapat nak open table. duit dah abis. sori..

4 ulasan:

toyolkiut berkata...

xpe..
gaji keje kan ada..
leh wat byr domain..

hazman aka species1980 berkata...

Kalau kongsi pengalaman atau impian .... boleh jadi modal untuk buat idea post entry...

ftrhd berkata...

actually banyak topik kita bleh tulis..maybe ulas pasal artikel dalam surat khabar ke isu semasa ke, atau tips yg kita guna seharian ke.. takpun share video ke.. banyak sebenarnya kita leh post..kan? hehehe

kadri azmi berkata...

hehhe..tq geng sume kasik support