14 April 2011

5 Ciri wanita yang tak boleh dijadikan isteri

1. BENGIS. MUKA MACAM THE ROCK

Cuba try buat muka lemah lembut sekali dua. Confirm ramai lelaki yang nak jadikan kau sebagai isteri. Ni tidak, muka masam je macam jeruk. Siapa yang nak? Konpem orang gila pun tak nak. Wanita kan merupakan simbol lemah lembut. Cuba senyum dan pasti anda di kejar lelaki lelaki jutawan di luar sana yang memandu kereta BMW.

Takkan lelaki nak jadikan wanita yang bermuka masam sebagai isteri? Nanti bukan setakat lelaki je tak mahu peluk, anak pun lari daripada kau. Haha. Bak kata Dr Fadzilah Kamsah, senyum ialah ubat awet muda. So, senyum. Cheeeeeseeee. :))


2. SEKSI. TUNJUK PAHA GEBU. TAMBAH LAGI TAK RETI SOLAT

Bab ini lagi penting. Ada ke lelaki yang nak isteri yang tak jaga maruah? Bukak sana bukak sini, punggung naik dada turun. Kalau korang tanya mat rempit macam mana ciri ciri wanita idaman yang nak dijadikan isteri, mesti terselit perkataan wanita solehah. Serius. Cikgu aku pernah tanya mat rempit macam tu. Itu mat rempit. Kalau lelaki yang ada ilmu, mesti dia ada alasan tersendiri. Kau suka kalau isteri kau tunjuk itu tunjuk ini kat lelaki lain? Mesti tak kan?

Susah nak cari contoh wanita solehah ni. Kalau boleh cari lah ciri ciri macam mak korang. Lagi lar tersangat baguss


3. KURANG AJAR DENGAN ORANG TUA. OK, YANG INI BOLEH BAGI PELEMPANG

Sangat tidak ayu kalau wanita kurang ajar dengan orang tua. Lebih lebih lagi dengan mertua. Takkan kau, si suami nak tengok isteri bergaduh sakan dengan mertua kau? Kalau isteri kau gaduh dengan ibu mertua, habis lah dapur rumah bapak kau. Berasap lah nampak gaya nya. Haha. Jangan berlagak diva sangat lah dengan mertua korang. Nanti si suami cari spare lain, baru korang nangis. Nangis air mata darah pun, tak guna dah.

"mak tak suka lah si midah tu, kuang aja sangat. mak ada calon isteri baru untuk kau"

kalau si isteri dengar macam ni, balik nangis dalam tandas. Berendam dalam tab mandi selama mana yang boleh. Kalau si suami dengar, dia mesti cakap macam ni

"apa mak? anak mak ini bermimpi ke?"

Haa, mampus kau! haha


4. DAH LAH TAK PANDAI MASAK, TAK MAHU BELAJAR MASAK PULAK TUH.

Fuh. Part paling sukar bagi wanita dan part idaman bagi lelaki. Memasak. Ya, suami lebih suka cuba masakan si isteri daripada masakan si nenek di warung dan mamak berjanggut di maple. Lelaki boleh terima kalau si wanita tak pandai memasak tapi berazam nak belajar suatu hari nanti. Kira okay lah tu. Kalau isteri tak pandai masak tapi malas nak belajar, boleh berambus. Belajar pegang kuali dulu, baru belajar pegang pisau. Jangan guna pisau nak kerat leher si suami yang curang sudah. Haha

Kalau kau perasan, banyak lelaki yang balik rumah awal dari kerja sebab nak merasa masakan si isteri. Mujarab tu. Boleh dijadikan penawar dalam perhubungan. Oleh itu, masak sedap sedap, bagi sang suami cuba. Pasti dia suka. Masak mee sedap pun jadi lah. Hak Hak

5. PEMALAS. ANAK PUN JAGA MACAM JAGA KUCING

Yang ini memang aku tak suka. Pemalas. Kerja rumah pun seminggu sekali di buatnya. Tang pasal kerja rumah ini takkan kau nak harapkan 100% pada bibik. Itu pun kalau kau kaya lah, boleh carik bibik. Rumah bersepah, berhabuk, nak hidup pun nak kena pakai oksigen tambahan. Apa salahnya sekali skala tangan wanita berurat? Seksi pe. haha


4 ulasan:

Najlaa 'Aqilah berkata...

seksi apa macam muka the rock. boleh angkat2 kening lagiii ;P HAHAHA

Tanpa Nama berkata...

foolow u ... and mintak izin copy .. :D

kadri azmi berkata...

sile sile...

eykinmurnie berkata...

mintak izin copy