hujan yang mulanya renyai-renyai makin lebat. ofis yang tidak berekon malam hari sejuk yang amat-amat. pintu ofis depan belakang memang aku kunci, lantak lah kalau ade budak-budak agl datang nak photostat, tunggu la besok pagi. tido tak sedap diganggu.************************************************
jam tak tau dah pukul berapa, mata memang sudah terlelap walaupun keadaan tidak selesa, sofa untuk duduk 2 orang jadikan tempat baring mana nak sedap nak sedap balik rumah. apsal asik cakap sedap-sedap je ni, ahh..sudah!!
suasana sunyi sepi. adegan akan bermula. dalam keadaan tido-tido ayam kedengaran tapak kaki lari-lari kecil ke sana ke mari. diam sebentar. aku abaikan je, yang penting jangan datang dekat aku. nak main-main kat situ buat la ape pun.
lampu memang aku suke padam semua, dengan bertemankan cahaya dari akuarium saje, suasana semakin suram. aku yang lebih suke menghadap ke bahagia partion berbanding ocot menghadap akuarium kununnya ingin menikmati pemandangan indah laut di kala malam menjelang. cehhh blah la lu..
bunyik tapak kaki tadi sudah tidak ade lagi tapi kali ni lain plak yang datang. cemas sebentar. aku dapat rasakan satu aura semakin lama semakin menghampiri dan semakin dekat. walaupun aku melelapkan mata aku dapat rasakan seolah-olah ade sekujur tubuh berdiri betul-betul di kepala aku dan memerhatikan aku, aku ditenung face to face. nak aje bukak mata tapi mata aku berat sangat seolah-olah digam. kejadian berterusan sampai aku betul-betul terlelap.
pagi menjelang aku bersiap-siap. ocot awal lagi sudah bangun aku tengok dia dah kat dalam surau sembahyang subuh diikuti oleh aku. selesai saje masing-masing ke meja menyiapkan report untuk roll call pagi. aku mula bersembang dengan ocot.
"malam tadi ko ade dengar pape tak cot..??" tanya ku.
"aku dengar ade orang jalan.." jawab ocot series.
"ishh..sama lah aku, nak tido pun tak senang.." balas aku.
ocot menambah lagi. "bukan tu je, kekadang aku tengah-tengah tido pun aku rasa cam ade orang datang dekat aku pastu tenung-tenung muke aku..."
ahh sudah. ocot pun dah kena macam aku.
"hahha..ko pun kena camtu gak ke, sah-sah memang dia nak sakat kita ni.." aku mencelah.
kompem!! memang ade. ni kali kedua aku kena. sebelum ni pernah sekali aku stay back sorang-sorang, dengan tak semena-mena aku dengar bunyik ketawa perempuan. halusss je. aku terjage, terus aku cek mana-mana pc yang on. mana la tau budak-budak ni nak sakat aku. semua pc off. aku diam. terus sambung tido tanpa tindakkan ape-ape.
banyak lagi kisah-kisah yang terjadi di ofis ni yang aku dengar dari budak-budak infra. masing-masing sudah mengalaminya. mat pet, sudah kebiasaan kalo stay back tido dalam kereta akan menjadi katil. sorang-sorang dalam ofis, seram katanya.
pada mereka yang berhajat untuk masuk ke unit infra mau pun staff-staff baru nanti, jika anda terbaca entri ini berhati-hati lah dengan suasana malam semasa di ofis kerana semua staff akan merasa kerja malam. dan mengakhiri cerita tak takut ni dengan ucapan. jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. syuhhhh....
nota kaki : dialog dan kejadian di atas adalah benar-benar belaka daripada penulis dan rakannya. ditokok tambah sikit-sikt untuk penyedap cerita.
4 ulasan:
seram2...tegak bulu roma den....
nasb baik skrg ptg.. hehehe seramm
sy penah keje malam, sungguh penat bersengkang mata. tp kalau jadi mcm kes ngko aku pon xtau nak kata apa,
btw,sabtu lepas tarikh tutup contest untuk entry azam tahun 2010.terima kasih kerana sudi join. contest utk like gambar azam 2011 masih berterusan sehingga
25th Jan 2011. saya ada sharekan cara utk 'like'di blog saya: Cara Like Gambar Facebook
Berikut adalah link untuk terus ke album azam 2011 di facebook page matjoe.com: Album Azam 2011
erkkk aku tak pernah lagi lalui benda2 camtu... mintak simpang laa..
Catat Ulasan