30 Jun 2010

Keputusan Piala Dunia Pusingan Ke 2

Pusingan ke 2 dah berakhir, hanya satu je juara kumpulan yang tak berjaya melepasi ke suku akhir. Berikut adalah keputusan perlawanan pusingan ke 2 dan jadual perlawanan suku akhir.




keputusan piala dunia




24 Jun 2010

Meeting - Infra Family Day 2010

seperti sedia maklum, infra family day 2010 telah ditetapkan tarikhnya iaitu pada 3-4 julai 2010 di Corus Paradise Resort, PD yang indah itu. satu meeting telah diadakan atas permintaan en mat nor dengan garangnya kerana tidak sabar-sabar mahu berfamily day pada pagi tadi (24/6) selepas roll call yang panjang lebar.

antara tajuk-tajuk perbincangan yang dikemukakan adalah mengenai pembahagian tugas-tugas serta ajk-ajk yang dilantik dan aktiviti-aktiviti semasa berlansungnya family day tersebut.

ahh..cakap banyak pun tak guna, saksikan je gambar-gambar semasa kejadian.




di sebalik tabir, meeting telah bermula..





papehal pun masing-masing posing dulu..


penerangan oleh ketua kampung mengenai atucara aktiviti..


abang ram sakit jari, en mat nor tayang enset sebenarnya..



posing lagi..


opss..ketiak gatal


bads tengok mahir tak pueh ati, 'pehal lu' kata bads dalam hati..








tukang tulis white board..


pembahagian tugas selesai..




semoga family day ini dapat berjalan dengan suksesnya.

so kita enjoyyy....


*update

emel dari bads :

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Puan Elly ada cadangan untuk family day menggunakan tema.......


Tema yang dicadangkan adalah JEANS..... bukan JIN........


Apa2 saja pakaian yang bersangkutan dengan JEANS boleh dipakai...... baju/ blous/ kain/jacket/seluar/tudung dan lain2 untuk pakaian luaran saje boleh digunakan. Perkara ini telah dipersetujui dan harap dapat kerjasama semua pihak dan diharapkan ianya tidak membebankan. Jikalau pihak tuan dan puan tidak mempunyai pakaian yang sedemikian rupa tiada paksaan daripada pihak urusetia untuk Family Day INFRA 2010. Terpulang pada pihak tuan dan puan untuk memilih pakaian yang bersesuaian. Jikalau ada sebarang masalah boleh hubungi pihak urusetia atau saya sendiri.

harap maklum dan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan pihak tuan dan puan dalam menjayakan Family Day Infra 2010


Yang berusaha


Pihak Urusetia Family Day Infra


Sama sama kita Ke CORUS PARADISE PORT DICKSON..........................................infra bagusssssssssss


Jumpa Disana Pada 03/07/2010 - 04/07/2010 jam 11.30 pagi.......


Badrul Hisham Mohd Yusof

Engineering Division

Tech. Officer Infrastructure ( Utilities )

Malaysia Airports ( Sepang ) Sdn. Bhd.

KLIA






22 Jun 2010

Keputusan Piala Dunia

untuk makluman, di sini dipaparkan semua keputusan dan table perlawanan game kedua setiap pasukan.


keputusan piala dunia


table world cup*klik untuk besar





15 Jun 2010

FOOTBALL FRENZY AT KLIA AND LCCT

KLIA

Spirited by the most awaited football event globally, KL International Airport (KLIA) and LCCT-KLIA offers a myriad of exciting and engaging activities themed “Let’s All Football” to keep the football frenzy going to entertain visitors and passengers as they shop when visiting, taking off or touching down at the airports.

During the football season from 11th June until 11th July 2010, visitors and travellers, football fanatics or otherwise, are in for a treat when they are at KLIA and LCCT-KLIA as both terminals boost an exciting flavour of football mania. Decorated with all the essence, hype and power of football including the emblems of the various teams and large Samsung LCD displays, visitors and travellers will sure to be engulfed by the football passion.

The Kick-Off Zones located at the Stage Area, Level 5, Main Terminal Building; Sports Lounge, Satellite Building, KLIA as well as the Public Concourse, LCCT-KLIA promise to be the hive of activities showing live broadcast of all exciting matches as well as fun-filled games and activities for adults and children alike to fuel one’s competitive edge. To mark the start of an amazing season, visitors, travellers and the KLIA Community are invited to catch the opening of the football season at the Kick-Off Zone at Stage Area, Level 5, Main Terminal Building today at 10.00pm.

Visitors and travellers who shop and dine with a minimum of RM 50.00 and above can participate in the Kick-Off Zone Football Count Contest. Contestants with the correct number of balls stand a chance to win prizes, which include a Grand Prize of a Sony Bravia 40 inch LCD TV and a Sony DVD Home Theatre System. The First Prize winner will walk away with a Sony High Definition Handycam and the Second Prize winner will receive a Sony 8GB MP3 Walkman.

As part of the ongoing effort to turn KLIA into a lifestyle destination, Malaysia Airports is always looking into bringing international events as well as festive celebrations to live at the airports.



*copy paste dari emel je





11 Jun 2010

Blog Infra Di Blog Ben Ashaari


cam tak percaya je blog infra masuk dalam blog brader ben ni. ni pun sebab idea dari beliau mengenai SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER di mana untuk mempromosi Kelab Blogger di Facebook.

serba sedikit dapat juga lah blog infra ni menumpang populariti dari blog brader ben yang semua tau mempunyai ramai follower.

apa-apa pun ucapan trimas pada brader ben kerana dengan bijak mewujudkan program tersebut untuk blogger-blogger kecil seperti blog infra ini.

sekian.




09 Jun 2010

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER

Kelab Blogger
*klik logo


SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER


pada mereka yang tengok logo ni mesti tau siapa pemiliknya. tujuan diwujudkan untuk mempromosikan Kelab Blogger di Facebook. jadi marilah kita beramai-ramai menyertainya, memang berbaloi-baloi.






08 Jun 2010

Jadual World Cup 2010


sempena world cup yang akan datang tak lama lagi, kat sini aku ada postkan poster jadual perlawanan waktu malaysia. terpulang la pada korang nak print ke ape ke untuk rujukan para-para kaki bola yang akan lebam mata pada bulan ni. layan..



world cup*klik untuk besar



update : 14/06/2010





01 Jun 2010

Sinar Ayat Kursi




Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat kepadanya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.